Ibu leka main telefon, anak lemas di kolam

Ibu leka main telefon, anak lemas di kolam

PROBOLINGGO: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun lemas di sebuah kolam renang di Probolinggo, Jawa Timur ketika ibunya leka bermain telefon bimbit.

Kejadian yang berlaku pada JUmaat lalu itu bermula ketika mangsa dan kedua ibu bapanya serta adiknya pergi kolam renang tersebut untuk beriadah.

Setibanya di kolam renang itu, mangsa dan adiknya bermain di kolam renang kanak-kanak sambil diperhatikan oleh ibu bapa mereka, selain terdapat juga pengawal kolam yang memerhati.

Selepas itu, bapa mangsa mahu ke tandas dan meminta isterinya memerhatikan anak-anak mereka dan tanpa pengetahuan mereka, mangsa masuk ke dalam kolam renang dewasa.

Ibu mangsa ketika itu leka bermain telefon bimbit dan tidak perasan jika anaknya sudah masuk ke dalam kolam renang dewasa.

Keadaan itu hanya disedari apabila pengawal kolam menjerit ada orang lemas dan dia segera terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan mangsa.

Ibu mangsa terkejut dengan keadaan itu dan anaknya berjaya dibawa keluar dari kolam, namun keadaannya kritikal menyebabkan kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital.

Namun, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dan kolam berkenaan ditutup sementara untuk diperiksa.

Dalam pada itu, Ketua Polis Pakuniran, Tavip berkata, kejadian itu berlaku kerana kecuaian ibunya yang leka bermain telefon dan dia serta suaminya diminta untuk membuat surat yang menyatakan mereka menerima kematian mangsa dan menolak sebarang unsur jenayah. Utusan

Ibu leka main telefon, anak lemas di kolam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Puteri Balqis mengaku ibunya bertatu

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker