Kawasan Tuntung dinaiki air semula cetus kebimbangan banjir

Sebaran :

Kawasan Tuntung di Hulu Langat mula dinaiki air mencetuskan kebimbangan penduduk.

SHAH ALAM – Kawasan Tuntung di Hulu Langat mula dinaiki air selepas Sungai Lui didapati meningkat semula dan mencetuskan kebimbangan penduduk.

Pengerusi Yayasan Raja Shamri, Raja Shamri Raja Hussin berkata, air mula melimpah dari sungai berkenaan selepas hujan lebat.

“Info dari sahabat saya Syah yang berada di Sungai Lui dalam keadaan alert.

“Hujan di bahagian hulu, ada tempat dah start naik air. Kawasan di Tuntung, Sungai Lui hujan lebat. Tuntung dah mula banjir. Sahabat di Sungai Lui dan sekitar beringat. Air naik dengan cepat, maklumkan semua orang.



“Aku di Sungai Lui tengah berkemas nak balik Puchong,” katanya menerusi akaun Facebooknya sebentar tadi.

Air Sungai Lui didakwa meningkat dan melimpah selepas hujan lebat.
Beliau turut meminta orang ramai supaya membawa keluar kenderaan dan dokumen penting serta menyelamatkan diri termasuk keluarga masing-masing.

Kawasan Tuntung dinaiki air semula cetus kebimbangan banjir


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *