Giliran Gerakan balun Sanusi, jangan cuba wujudkan ketengangan

Penerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong membidas Menteri Besar Kedah Sanusi Md Noor kerana berulang kali mempertikai kedaulatan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri.

Dia berkata walaupun Gerakan dan PAS adalah sekutu, partinya secara jelas tidak bersetuju dengan dakwaan Sanusi.

Kata Oh, tindakan Sanusi mungkin membuatkan dia kelihatan berani dan membantunya meraih sokongan orang Kedah, tetapi ia juga menjejaskan keharmonian antara orang Kedah dan orang Pulau Pinang.

“Kita semua tahu bahawa pilihan raya semakin hampir untuk enam negeri, tetapi ahli politik tidak seharusnya membuat dakwaan mengelirukan untuk menyemai kekacauan dan ketidakharmonian bagi tujuan meraih sokongan.

“Sanusi mesti berhenti menggunakan naratif sedemikian serta-merta, yang merosakkan keharmonian antara Pulau Pinang dan Kedah untuk mendapatkan sokongan di Kedah bagi dirinya sendiri,” kata Oh dalam satu kenyataan hari ini.

Oh menambah bahawa Pulau Pinang telah mengalami pembangunan pesat ketika di bawah Gerakan yang berlangsung dari 1969 hingga 2008, dengan ramai dari Kedah dan Perak menjalin hubungan rapat dengan rakyat Pulau Pinang selepas datang bekerja di kilang di Pulau Pinang.

“Gerakan tidak akan sekali-kali bersetuju dengan kenyataan Sanusi yang merosakkan yang bertujuan untuk mewujudkan percanggahan dan ketegangan,” katanya.

“Sanusi mesti memahami dan menerima Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang,” katanya.

Pada Isnin, Sanusi mendakwa Kedah dan Pulau Pinang tidak mempunyai sempadan kerana Pulau Pinang adalah milik Kedah dan Kedah mempunyai sempadan hanya dengan Perak dan Perlis.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dilaporkan membidas Sanusi dengan mengatakan pemimpin PAS itu sepatutnya lebih memahami Perlembagaan Persekutuan, manakala timbalannya Ahmad Zahid Hamidi menuduh Sanusi sebagai “menghasut”.

Pengerusi DAP Lim Guan Eng telah menggesa rakyat Pulau Pinang membuat laporan polis atas dakwaan Sanusi.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh berkata, kedudukan Pulau Pinang sebagai sebuah negari berdaulat tidak boleh dipertikaikan yang boleh dilihat dalam pelbagai perjanjian bersejarah.

Katanya ia dirumuskan dalam Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan 1957 yang memperakui Pulau Pinang sebagai sebuah negeri di bawah Negeri-Negeri Bersekutu Tanah Melayu.

Perkara 71(1) Perlembagaan Persekutuan, dibaca bersama Jadual Lapan Perlembagaan, juga menjamin setiap negeri mempunyai perlembagaan negeri sendiri yang menyediakan cara untuk mengurus kerajaan negeri, termasuk Pulau Pinang.

Namun, Sanusi nampaknya mengulangi dakwaannya.

Menurut Berita Harian hari ini, Sanusi mendakwa mempunyai bukti bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah dan bersedia untuk dicabar di mahkamah.

Dalam laporan berasingan, Free Malaysia Today memetik Sanusi menuntut Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi “membetulkan sejarah”.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Individu Saksi Pelakon Lelaki Pukul Teman Wanita Berkali-Kali, Didakwa Memiliki Wajah Soleh

Mamu Kena Gari

Lelaki Tikam Kekasih 16 Kali, Pukul Dengan Bongkah Batu Depan Orang Awam

Video makan lauk terakhir dimasak ibu undang sebak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker