Daging Lembu, Kambing Halal Australia Ada Sebab Kenapa Jadi Pilihan!

Daging Lembu, Kambing Halal Australia Ada Sebab Kenapa Jadi Pilihan!

AUSTRALIA memang terkenal sebagai destinasi sumber daging yang sempurna, malah pembekal daging lembu dan kambing halal dipercayai lebih ke 100 negara termasuk Timur Tengah, Indonesia dan Malaysia.

Halal bukan sahaja tentang cara penyembelihan tetapi juga bagaimana haiwan itu dijaga semasa hidup. Dalam undang-undang Islam, haiwan yang ingin disembelih tidak boleh dianiaya dan disakiti.

Ia juga perlu dijaga dengan baik termasuk diberi ruang mencukupi untuk berkeliaran bebas, memberinya makanan dan minuman secukupnya dan dapat menikmati udara segar.

Aussie Beef pix no 2

Proses sembelihan daging halal di Australia melalui proses yang ketat.

Ini termasuk kesemua haiwan dilepaskan ke kawasan rumput hijau yang subur dan dijaga baik malah ia adalah cara hidup semula jadi bagi ternakan di Australia dan terdapat undang-undang dalam memastikan kesejahteraan haiwan di negara itu.

“Kesemua perkara ini memberikan kesan positif pada daing lembu dan kambing halal di Australia yang berkualiti tinggi,” katanya kepada mStar.

Malah kata Sanjay, sebuah kajian oleh Meat and Livestock Australia (MLA) mendapati haiwan yang dibesarkan dan diproses dalam persekitaran bebas tekanan menghasilkan daging berkualiti lebih baik dan konsisten, bersih, selamat dan berkhasiat.

Bercakap mengenai daging lembu dan kambing halal Australia, Sanjay memberitahu ia cukup sesuai dengan masakan Asia dan Barat memandangkan daging yang berkualiti, segar dan lembut.

Selain itu, dagingnya tidak memerlukan tempoh lama untuk dimasak kerana ia mudah lembut dan empuk.

Australian Beef Rendang by Jason Manson

Pelbagai resepi boleh dimasak menggunakan daging halal dari Australia.

Sementara itu, daging lembu dan kambing yang diproses di Australia untuk pasaran Malaysia kata Sanjay disembelih di bawah program halal yang diselia oleh kerajaan dan orang Islam bertauliah.

Malah semua proses itu turut diuruskan oleh Jabatan Pertanian Persekutuan di Australia dan semua kemudahan pemprosesan hanya menggunakan pekerja penyembelih beragama Islam berdaftar dan terlatih daripada badan perakuan halal negara itu.

“Mereka juga mematuhi semua syarat diperlukan termasuk kebersihan diri, kebersihan operasi dan kebajikan haiwan. Badan-badan perakuan halal ini juga diiktiraf dan diluluskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” jelasnya.

Di Australia katanya, terdapat tujuh badan perakuan Muslim untuk eksport sijil halal ke Malaysia yang mematuhi semua standard diperlukan. Malah ia perlu memenuhi syarat lain di bawah peraturan negara itu termasuk setiap penghantaran mempunyai sijil halal dan kesihatan.

Daging Lembu, Kambing Halal Australia Ada Sebab Kenapa Jadi Pilihan!

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker