Abang Viva nafi kutip dana, minta orang ramai berwaspada

Abang Viva nafi kutip dana, minta orang ramai berwaspada

Azwan Omar atau lebih dikenali dengan panggilan viralnya, Abang Viva terkejut selepas mendapat tahu ada pihak yang cuba meminta duit dan mengumpul dana di atas namanya.

Sambil menafikan ada membuat kutipan dana untuk membantu mangsa banjir, Azwan, 29, juga menolak dakwaan dirinya mengenakan bayaran daripada pihak media yang ingin menemubualnya.

“Tak ada. Tak pernah. Sejak hari pertama saya membantu mangsa banjir sehingga menjadi viral secara tak sengaja, saya tak ada buat kumpul dana atau minta duit dari pihak media untuk sebarang temubual,” katanya kepada Gempak ketika ditemui hari ini.

Anak kelahiran Alor Gajah, Melaka yang menjadi hero rakyat Malaysia kerana kemuliaan hatinya membantu mangsa bencana banjir di beberapa negara ini mengulas isu tersebut selepas ada seorang pengguna Twitter yang meminta bayaran daripada pihak media untuk menembualnya.

“Saya terkejut dengan berita ini. Saya bergerak secara solo, tak ada kawan yang uruskan atau jadi orang tengah atur ke minta duit dan sebagainya,” tambah Azwan kesal.

Azwan juga menegaskan dia tidak mahu ada pihak menghulurkan bantuan atau tertipu dengan mana mana pihak yang menggunakan namanya atas kepentingan peribadi.

“Saya mohon hentikan perkara ini dan semua lebih berhati-hati. Saya tak mahu kepercayaan orang terhadap saya atau mana mana pihak yang dipertanggungjawabkan disalah erti,” jelasnya lagi.

Meski tidak pernah mengumpul dana atau meminta duit daripada orang ramai, Azwan mengaku tetap menerima banyak sumbangan daripada individu persendirian atau agensi bukan kerajaan yang terserempak dengannya sewaktu misi menyelamat dijalankan.

Bagaimanapun dia akan menolak secara baik kerana misi utamanya adalah menyelamatkan seberapa ramai mangsa.

“Memang ada ramai orang bagi duit dan sumbangan. Terus terang jika diberikan kepada saya, saya tak perlukannya.

“Saya ada duit sendiri, insya-ALLAH cukup untuk misi saya.

“Tapi jika penyumbang amanahkan saya untuk berikan atau belikan barang keperluan mangsa banjir, saya cuba tunaikan. Sebab berat sebenarnya pegang amanah orang ni,” katanya tersenyum.

Terdahulu, Azwan menjadi tular di seluruh negara selepas hanya menggunakan kereta jenis Viva dan sebuah bot yang diikat di atas keretanya dari Melaka ke Shah Alam, Selangor berbekal RM50 untuk menyelamatkan mangsa banjir, minggu lalu. – Awani

Abang Viva nafi kutip dana, minta orang ramai berwaspada


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker