Setiap Kritikan Biar Membina, Ikhtiar Disebalik Kesedihan

Setiap Kritikan Biar Membina, Ikhtiar Disebalik Kesedihan

Di tengah-tengah musibah banjir ini, banyak pihak yang giat berikhtiar sebaik mampu disebalik segala kekurangan, kesedihan dan kekesalan yang timbul.

Usaha-usaha tersebut apabila ia dibuat oleh orang politik, pertama ia tidak sempurna dan kedua ia tidak membuat pihak berkuasa atau ahli politik kebal dari kritikan.

Apabila kritikan dan kemarahan itu datang dari rakyat, terutamanya dari mangsa banjir, maka yang dikritik itu sudah tentu menerima dan menilai dengan berlapang dada. Pasti ada banyak pengajaran dan iktibar dalam soal pengendalian pra, semasa, dan pasca banjir.

Cuma, apabila komen dan kritikan itu datang dari pihak berkepentingan seperti ahli politik lain, biarlah ia membina.

Jika orang politik berjawatan sekadar mahu komen dan mengulas sensasi di media sosial menyalahkan semua orang lain kecuali diri/parti sendiri, tak perlu keluarkan kenyataan pun tak apa. Lebih baik fokus kerja membantu mangsa banjir dari sibuk fikir bagaimana memburukkan parti lain.

Kurang minat hendak beradu dalam permainan sama menunding jari ke pihak lain disaat ini. Tidak juga menafikan kekurangan yang wujud dari segi penyelarasan antara agensi/persekutuan/negeri mahupun kepantasan respon setelah banjir melanda. Ini semua mesti diperbaiki setelah selesai urusan mendesak depan mata sekarang.

Sekadar ingin menekankan apa yang telah dibuat oleh rakan-rakan dalam UMNO dan Kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri dari UMNO, tanpa menidakkan sumbangan parti lain apatah lagi NGO/orang perseorangan.

1. UMNO Bahagian (termasuk sayap-sayap) di setiap kawasan terjejas bergerak pantas dari hari pertama bencana.

2. Hari Ahad 19 Disember, Presiden mengarahkan seluruh jentera BN melalui Pengerusi Perhubungan BN Negeri untuk menyalurkan bantuan kepada kawasan-kawasan terkesan. Ini diselaraskan oleh Dato’ Sri Shamsul Annuar Nasarah sebagai Penyelaras Bantuan Bencana BN.

3. Ketua Biro Kebajikan UMNO Datuk Seri Azeez Rahim juga bertungkus lumus turun ke hampir semua kawasan banjir untuk menghantar bantuan asas seperti makanan, toto, tilam, bantal, dan lain lain.

4. Rangkaian nasional UMNO digerakkan membantu dengan sumbangan barangan dan tenaga kerja. Misalnya UMNO Perak membantu di Hulu Langat dan Pemuda UMNO Terengganu membantu rakan-rakan Pemuda UMNO Pahang.

5. Pimpinan utama parti, termasuk Ketua-ketua sayap juga dah habis pusing semua kawasan banjir. Pusing bukan sekadar hadir tetapi bersama-sama mengedar, mencuci, mengangkat. YAB Perdana Menteri sendiri telah turun ke Kota Raja, Klang, Jelebu, Bera, Mentakab, Bentong dan beberapa lokasi lain. Ya, di Pahang beliau terpaksa menggunakan helikopter bukan disebabkan mahu bermegah, tetapi kerana jalan Karak-Lanchang-Mentakab masih tutup.

Dalam soal Kerajaan, antara inisiatif:

1. Kerajaan mengumumkan terus bantuan RM1000 kepada mangsa-mangsa banjir. Tidak terhad kepada hanya mangsa yang ke PPS. Hanya perlu pengesahan ketua komuniti.

2. Peruntukan awal RM100 juta untuk baikpulih infra.

3. Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Bomba digerakkan di kawasan-kawasan banjir. Kedua-dua Menteri banyak berhubung bersama Panglima dan Ketua Pengarah Bomba untuk tujuan penyelerasan. Ini boleh dilihat melalui gambar-gambar yang dimuatnaik oleh dua-dua menteri. Banyak lagi yang sedang diselamatkan oleh semua agensi kerajaan.

4. Kementerian Kesihatan membuka klinik medan di kawasan seperti Sri Muda untuk terus membantu mangsa yang diselamatkan. Di kawasan saya, seawal 4 pagi di SMK Telok Panglima Garang, Petugas KKM sudah berada untuk memeriksa serta membuat ujian Covid bagi mangsa.

5. Kementerian Pengajian Tinggi menggerakkan sukarelawan universiti awam dan agensi-agensi di bawahnya.

6. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia & SKMM giat memastikan pemulihan kemudahan telekomunikasi akibat bencana banjir yang melanda negara berjalan secepat mungkin, disamping tindakan jangka pendek penyediaan genset di lokasi infrastruktur komunikasi yang tiada bekalan elektrik & pemasangan ‘Coverage on Wheels’ (COW – sistem peqmancar mudah alih bagi memberi liputan perkhidmatan sementara)

7. Banyak juga cerita sensasi yang disebarkan untuk memburukkan PM seperti dakwaan Majlis kesyukuran 100 hari sebagai Perdana Menteri. Namun, setelah diperiksa, ini merupakan anjuran Pertubuhan Anak Bera yang sudah dirancang sebelum bencana banjir. Selepas kejadian tersebut, penganjur tukar aturcara dan melancarkan tabung bantuan mangsa banjir.

Sama-sama kita doakan agar keadaan kembali pulih secepat mungkin dan perancangan untuk memastikan agar bencana seperti ini tidak berlaku lagi. Pelbagai pihak ada sumbangan, baik dari NGO, parti sendiri mahupun parti lain. Maka sejauh mampu, ambillah semangat itu untuk meneruskan khidmat bakti.

SHAHRIL HAMDAN
KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA

Setiap Kritikan Biar Membina, Ikhtiar Disebalik Kesedihan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker