MySJ Trace boleh dimuat turun mulai sekarang

MySJ Trace boleh dimuat turun mulai sekarang

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan memperkenalkan fungsi MySejahtera Trace (MySJ Trace) dalam aplikasi MySejahtera sedia ada yang boleh dimuat turun bermula hari ini.

MySJ Trace menjadi fungsi tambahan kepada aplikasi MySejahtera bagi memudahkan pengesanan kontak rapat kepada kes positif jangkitan Covid-19 dengan menggunakan teknologi bluetooth.



MOSTI dalam satu kenyataan berkata, fungsi MySJ Trace dibangunkan bagi memenuhi keperluan program Cari, Uji, Jejak, Pengasingan, Sokongan (FTTIS), iaitu satu daripada program pemantauan oleh Kementerian Kesihatan dalam aktiviti pencegahan dan mengawal penularan jangkitan Covid-19.

“Bagi memastikan keberkesanan aktiviti pengesanan kontak rapat kepada kes positif jangkitan Covid-19, pengguna mestilah mengaktifkan bluetooth dalam peranti mudah alih masing-masing sepanjang masa.

“Apabila seorang individu itu disahkan positif Covid-19, notifikasi akan diperoleh menerusi aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan kebenaran untuk berkongsi maklumat kontak rapat yang dikesan,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, sekiranya individu itu memberikan kebenaran, MySejahtera akan memberikan akses kepada Kementerian Kesihatan untuk melakukan penilaian risiko ke atas data kontak rapat yang dikesan daripada penggunaan bluetooth itu.



Selepas kebenaran diberikan, Kementerian Kesihatan akan menjalankan aktiviti pengesanan kontak rapat yang dikenal pasti.

Bagaimanapun, sekiranya individu yang didapati positif Covid-19 tidak memberikan kebenaran, MySejahtera tidak akan memberikan akses kepada Kementerian Kesihatan dan aktiviti pengesanan kontak rapat akan dilakukan secara manual.

“Aplikasi MySJ Trace menggunakan ‘anonymized Unique User ID’ (UUID) dan tidak mengumpul maklumat pengguna serta geo-lokasi. Data ini hanya boleh diakses oleh Kementerian Kesihatan dan disimpan dalam peranti pengguna untuk tempoh 14 hari.

“Keseluruhan proses pengesanan kontak dan penyimpanan data juga adalah dijamin keselamatan dan kerahsiaannya oleh kerajaan,” menurut kenyataan.



Menurutnya, dengan fungsi MySJ Trace ini, modul daftar keluar atau “check-out” akan diberhentikan dan dikeluarkan daripada aplikasi MySejahtera. FMT

MySJ Trace boleh dimuat turun mulai sekarang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker