Demam babi Afrika dikesan di 7 ladang Melaka

Demam babi Afrika dikesan di 7 ladang Melaka

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesahkan penularan penyakit demam babi Afrika (ASF) di tujuh ladang babi komersial di Paya Mengkuang, Masjid Tanah, Melaka.

Ketua Pengarahnya, Dr Norlizan Mohd Noor berkata, pengesanan penyakit itu ekoran siasatan JPV daripada laporan penternak babi terbabit serta pengesahan sampel ujian di Makmal Veterinar Sepang pada Isnin, Rabu lalu dan semalam.



Oleh itu, katanya, JPV mengambil langkah awal dan proaktif bagi mengawal dan membasmi penularan ASF dengan mengeluarkan notis perintah kuarantin ke atas ladang babi di kawasan Paya Mengkuang dan ternakan tidak dibenarkan keluar atau masuk kawasan terjangkit.

“Pemusnahan semua babi di ladang terjangkit berdasarkan Seksyen 19 Akta Binatang 1953 (Pindaan 2013) dan ternakan di ladang yang disahkan bebas jangkitan dibenarkan untuk penyembelihan di rumah sembelih diluluskan sahaja.

“Tetapi, bangkai dan daging babi tidak dibenarkan dibawa keluar ke negeri lain.

“Selain itu, syarat pindah ternakan dan produk babi di seluruh Semenanjung Malaysia diperketatkan serta pemantauan, pemeriksaan klinikal dan persampelan semua ladang babi di kawasan terjangkit serta ladang babi di seluruh negara dipergiatkan,” katanya dalam kenyataan yang dipetik Harian Metro.



Beliau berkata, pemantauan serta persampelan dipergiatkan di semua rumah sembelih babi di seluruh negara.

Beliau menasihatkan semua penternak tidak memberi makanan sisa dapur (swill feeding) kepada ternakan babi mereka dan tidak membuang bangkai babi ke sungai, kolam, kebun dan sebagainya. FMT

Demam babi Afrika dikesan di 7 ladang Melaka


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker