Kenderaan bertembung lori, 2 beranak maut dalam perjalanan sambut Krismas

Kenderaan bertembung lori, 2 beranak maut dalam perjalanan sambut Krismas

Perjalanan pulang meraikan Krismas di pedalaman Sabah berakhir dengan tragedi buat lima sekeluarga, apabila dua beranak maut selepas kenderaan dinaiki mereka bertembung sebuah lori tiga tan.

Keluarga itu dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka di daerah Keningau, ketika kejadian berlaku di Jalan Kimanis-Keningau pada 2 petang tadi.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Misran Bisara berkata, mangsa yang maut ialah Deny Rizlin William, 36, dan anak perempuannya yang berusia sembilan tahun, Daphne Dale.

Katanya, pasukan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian, sejurus menerima panggilan kecemasan pada 2.14 petang.

“Paramedik yang tiba juga mengesahkan kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Tiga lagi ahli keluarga mangsa, William Baru Ngilo, 61, Daryleen Chilap, 13, dan Daniela Dale, 6, cedera dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Misran berkata, pemandu lori terbabit hanya cedera ringan. FMT

Kenderaan bertembung lori, 2 beranak maut dalam perjalanan sambut Krismas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker