Ratusan anggota hilang rumah akibat banjir, tapi kami tak heboh – KP bomba

Sebaran :

Ratusan anggota hilang rumah akibat banjir, tapi kami tak heboh – KP bomba

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohammad Hamdan Wahid berkata, pasukannya terbuka menerima kritikan, termasuk teguran orang ramai yang tidak berpuas hati dengan khidmat diberikan mereka dalam misi menyelamatkan mangsa banjir.

Beliau berkata, pihaknya telah berusaha sebaik mungkin bagi menyelamatkan mangsa banjir, bahkan ada pegawai mengetepikan kesan bencana itu yang dihadapi mereka sendiri.

Sejak Oktober tahun ini, katanya, ratusan anggota bomba kehilangan rumah akibat banjir dan perkara itu tidak dihebohkan kepada orang ramai bagi meraih simpati.



Beliau berkata, anggotanya sanggup mengetepikan kesusahan sendiri demi menyelamatkan mangsa lain yang turut terkesan dengan banjir.

“Dalam kita menyelamatkan orang sejak Oktober lepas, sebenarnya ratusan anggota bomba kehilangan rumah disebabkan banjir dan ada yang terjejas peralatan rumah, tapi mereka tak mahu viral.

“Keutamaan anggota kita ialah nyawa orang lain, sehingga ada yang tak tahu anak dan keluarga mereka dipindahkan akibat banjir, sampai tahap itu.

“Komitmen kita menyelamat orang dalam kesusahan, sikap penting diri dalam bomba tak ada, kita letak tepi dan kita bantu orang lain, bersabung nyawa selamatkan orang lain,” katanya pada sidang media Ops Banjir di Taman Sri Muda.



Walaupun dicaci selepas memberikan bantuan, Hamdan berkata, mereka bersikap terbuka memperbaiki kekurangan.

“Kadangkala apa kita buat kita terima cacian, kita terima sahaja, hanya kita yang tahu apa bantuan kita buat dan kita baiki apa yang kurang,” katanya.

Beliau turut memaklumkan ada pegawainya, termasuk pengarah negeri bekerja 72 jam tanpa henti dan tidak tidur semata-mata membantu mangsa banjir.

“Ada sampai kaki melecet, kerja tak henti, saya cakap sabar ini tugasan, tapi kalau ada yang masih berfikiran negatif (terhadap anggota bomba) kita tak boleh halang, tapi jangan buat tuduhan tanpa data, fakta dan bukti yang betul.”



Beliau berkata, anggotanya berkhidmat demi kemanusiaan dan kebajikan tanpa mengira latar belakang mangsa. FMT

Ratusan anggota hilang rumah akibat banjir, tapi kami tak heboh – KP bomba


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021

Patin banjir! Rezeki menjala dapat saiz 15kilogram seekor


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *