Yuna mahu semua ambil serius masalah perubahan iklim

Yuna mahu semua ambil serius masalah perubahan iklim

Kesengsaraan yang dirasai rakyat Malaysia khususnya di sekitar kawasan Lembah Klang akibat banjir buruk turut dizahirkan penyanyi nun jauh di Amerika Syarikat, Yuna.

Yuna atau nama lengkapnya, Yunalis Mat Zara’ai berkata, dia sepertinya berasa tidak berdaya dan pada masa sama sangat marah dengan situasi yang ditanggung mangsa-mangsa banjir di Malaysia kini.

“Rasa tidak berdaya dan marah apabila ramai mangsa banjir terpaksa menunggu berjam lamanya sebelum bantuan sampai.

“Kita tidak mempunyai persediaan (untuk menghadapi banjir) setiap tahun. Dan, bencana banjir di Malaysia semakin teruk tahun demi tahun.

“Mengapa tidak para pemerintah ambil serius masalah perubahan iklim?,” getus dan soal pelantun lagu Dan Sebenarnya itu dalam Instastory.

Terdahulu, Yuna, 35, melahirkan kerisauan dengan situasi bencana banjir yang melanda kawasan Lembah Klang terutama satu kawasan perumahan iaitu di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor.

Dalam pada itu, menerusi satu perkongsian muat naik lain dalam Instastory, Yuna menitipkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang bertindak menyelamatkan haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing di kawasan banjir.

“Kawan saya hantar video. Seorang lelaki menyelamatkan kucing daripada menjadi korban banjir. Semoga Allah merahmati kalian yang menyelamatkan nyawa haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing,” ujarnya.

Hujan lebat yang berlarutan selama dua hari sejak Jumaat lepas mengakibatkan kawasan-kawasan di sekitar Lembah Klang dilanda banjir dengan Selangor menerima kesan terburuk selepas lebih 3,000 mangsa dipindahkan ke 30 pusat pemindahan sementara (PPS). K Online

Yuna mahu semua ambil serius masalah perubahan iklim


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tahanan wanita dakwa dipaksa lakukan oral seks di balai polis

Sihir Pelalau, ini tanda jika anda terkena

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker