Kegembiraan mahu rai perkahwinan kakak bertukar tragedi

Kegembiraan mahu rai perkahwinan kakak bertukar tragedi

SETIU: Kegembiraan tiga beradik yang dalam perjalanan untuk merakam gambar meraikan perkahwinan kakak mereka, bertukar tragedi apabila seorang maut selepas kereta yang dinaiki terbabit nahas di Jalan Telaga Papan, di sini, petang tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 6 petang, guru yang juga pemandu kereta jenis Honda City terbabit, Nurul Salikin Abdul Aziz, 25, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Setiu.

Dua penumpang yang juga adik mangsa dikenali sebagai Siti Nur Ummi Nabihah, 19, dan Nur Qaseh Balqis, 10, mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin, berkata insiden dipercayai berlaku ketika mangsa bersama dua adiknya sedang dalam perjalanan dari rumah mereka di Chalok Kedai menghala ke Pantai Penarik Rhu 10 untuk mengambil gambar bersama pengantin baharu dan keluarga.

“Namun setiba di tempat kejadian, pemandu terbabit dipercayai gagal mengawal keretanya lalu terbabas dan terlanggar tunggul pokok di sebelah kanan jalan sehingga menyebabkan kenderaan itu terbakar.

“Bagaimanapun, ketiga-tiga mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum api merebak, dan dihantar ke Hospital Setiu,” katanya kepada BH, hari ini.

Susulan itu, Afandi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau sekali gus mengingatkan semua pemandu agar lebih berhati-hati di jalan raya terutama ketika hujan, selain tidak memandu dalam keadaan mengantuk atau terlalu laju di jalan lurus. BH

Kegembiraan mahu rai perkahwinan kakak bertukar tragedi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tahanan wanita dakwa dipaksa lakukan oral seks di balai polis

Sihir Pelalau, ini tanda jika anda terkena

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker