Bekalan air, elektrik terputus, jalan rosak teruk, penduduk Sg Lui rayu bantuan

Bekalan air, elektrik terputus, jalan rosak teruk, penduduk Sg Lui rayu bantuan

Ketika tumpuan diberikan kepada mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam, penduduk di Hulu Langat yang turut berdepan banjir besar merayu bantuan segera disalurkan kepada mereka yang terputus bekalan air dan elektrik sejak Jumaat lalu.

Penduduk Sungai Lui di Hulu Langat, Saiful Hafizan Saad berkata, selain terputus bekalan elektrik dan air sejak Jumaat lalu, hujan lebat berterusan selama beberapa hari turut menyebabkan jalan utama ke kawasan itu hampir terputus kerana sebahagian besar rosak teruk akibat mendapan tanah.



“Setakat ini, kawasan Sungai Lui masih tiada bekalan elektrik, air dan liputan talian telekomunikasi…kena keluar sejauh 15km baru ada ‘line’ telefon.

“Laluan keluar masuk juga hampir terputus, pasukan penyelamat memang susah nak masuk,” katanya kepada FMT.

Beliau mendakwa bencana itu mengingatkannya kepada tsunami yang melanda Malaysia pada 2004, memandangkan kawasan perumahan di Sungai Lui terletak berhampiran sungai.

“Rumah dan harta benda kami semua habis dibawa arus deras, air sungai naik begitu cepat…kami hanya sempat melarikan diri ke atas bumbung sementara menunggu bantuan sampai,” kata seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Hakim, 39.



Beliau berkata, keadaan di kawasan perkampungan Sungai Lui selepas banjir “amat menyedihkan” dengan hampir semua kediaman rosak, manakala kenderaan bergelimpangan di merata tempat.

“Semua tempat dipenuhi lumpur…pokok tumbang dan menghalang laluan masuk ke rumah, umpama padang jarak padang terkukur.”

Selain rumah penduduk, Maahad Tahfiz Al-Quran dan Qiraat As Sofa di Batu 15, Hulu Langat berkeluasan kira-kira lapan ekar yang terletak kira-kira beberapa meter dari anak Sungai Lui turut dinaiki air setinggi 2m pada Sabtu lalu.

Wakil sekolah tahfiz itu, Ifyanto Nuzwar berkata, bangunan dua tingkat yang menempatkan asrama lelaki lenyap dibawa arus deras.



“Menitis air mata saya ketika melihat keadaan sekolah yang musnah teruk. Mujur pada waktu itu tiada pelajar kerana masing-masing pulang ke rumah sempena cuti sekolah,” katanya sambil menambah asrama perempuan dan bangunan pengurusan tidak jauh dari asrama lelaki terselamat, tetapi mengalami kerosakan teruk kerana digenangi air sehingga paras paha.

“Buku dan semua peralatan pelajar rosak teruk. Barangan di pejabat pengurusan juga tidak boleh digunakan lagi kerana dipenuhi lumpur,” katanya yang berharap orang ramai dapat menghulurkan bantuan bagi membangunkan semula kediaman dan kemudahan lebih baik untuk pelajar.

Beliau berkata, pihak sekolah akan mencari kediaman sementara bagi pelajar lelaki sejurus sesi persekolahan bermula awal bulan depan.

“Kami perlu bertindak cepat kerana ada pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Mac nanti,” katanya sambil menambah pusat pengajian itu menempatkan 35 pelajar lelaki dan 35 pelajar perempuan. FMT



Bekalan air, elektrik terputus, jalan rosak teruk, penduduk Sg Lui rayu bantuan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tahanan wanita dakwa dipaksa lakukan oral seks di balai polis



Sihir Pelalau, ini tanda jika anda terkena



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker