Mangsa banjir pecah masuk kedai cari makanan

Mangsa banjir pecah masuk kedai cari makanan

SHAH ALAM – Mangsa banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini terpaksa memecah masuk beberapa buah kedai serbaneka pada Isnin apabila kehabisan bekalan makanan selepas terkandas dalam banjir selama dua hari di taman berkenaan.

Satu klip video berdurasi 11 saat turut tular memaparkan kejadian tersebut yang dimuat naik oleh pemilik akaun Anne Abdullah di Facebook.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, kejadian berkenaan dipercayai berlaku sekitar jam 1 hingga 2 petang berikutan kawasan tersebut teruk dilanda banjir.

“Saya mengesahkan beberapa kejadian pecah kedai serbaneka berlaku di (Taman) Sri Muda iaitu kawasan yang mengalami banjir teruk,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Baharudin berkata, pihaknya dengan bantuan Pasukan Gerakan Am (PGA) akan menggerakkan elemen cegah jenayah dan bantuan untuk memastikan keadaan terkawal di kawasan tersebut. Sinar

Mangsa banjir pecah masuk kedai cari makanan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tahanan wanita dakwa dipaksa lakukan oral seks di balai polis

Sihir Pelalau, ini tanda jika anda terkena

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker