10 Maut: ‘Saya Terlalu Sayangkan Ibu’ – Anak Ketiga Mangsa Tragedi Kemalangan Maut

‘Saya Terlalu Sayangkan Ibu’ – Anak Ketiga Mangsa Tragedi Kemalangan Maut

Shah Alam: “Saya terlalu sayangkan ibu.” Hanya itu mampu diluahkan anak ketiga mangsa kemalangan maut membabitkan 10 kematian di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam, di sini, malam tadi.

Faiz, 14, yang tiada ketika kejadian tidak dapat menahan sebak selepas pemergian serentak ibu dan lapan adik-beradiknya dalam kemalangan itu.



“Saya ada berjumpa dengan emak kelmarin dan tak sangka itu kali terakhir menatapnya,” katanya yang terlalu sebak ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Shah Alam, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 11.45 malam tadi, ibu Faiz, Norul Naziah Buyong, 37, maut bersama lapan anaknya iaitu Muhamad Razarul Amin Abd Razak, 17; Razatul Aliah, 16; Puteri Hidayah, 12; Muhamad Aizat Syazwan, 10; Muhamad Rolkaizat Rezky, 9; Muhamad Hidayat Hakimie, 7; Puteri Nur Ain Syalwana, 3 dan Muhamad Raid Fathi, 10 bulan, selepas Proton Wira dinaiki keluarga itu terperosok di bawah sebuah treler.

Sementara itu, adik kepada Norul Naziah yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul berkata, seminggu sebelum meninggal dunia, kakak ada bertanyakan soalan pelik kepadanya.



“Dia tanya sama ada saya sedih atau tidak jika dia tiada. Tak sangka pertanyaan itu bayangan dia akan pergi buat selamanya,” katanya.

Menurutnya, Norul Naziah ada menghantar kiriman mesej dan audio di WhatsApp kepadanya jam 10.18 malam tadi memaklumkan kereta dinaikinya rosak selepas dimasuki air akibat banjir.

Katanya, kakaknya sekeluarga dalam perjalanan pulang ke rumah daripada menghadiri kenduri kahwin di Melaka.



Dia berkata, dia bagaimanapun tidak dapat datang ke lokasi dan kakaknya memaklumkan mahu mendapatkan bantuan dua rakan kepada anaknya.

“Saya katakan padanya (Norul Naziah) supaya hubungi saya jika ada apa-apa berlaku namun tidak lama selepas itu, saya terima panggilan daripada bomba mengatakan kakak terbabit dalam kemalangan serta meninggal dunia di tempat kejadian.

“Tersentak saya ketika itu apabila diberitahu lapan anak saudara saya turut meninggal dunia dan hanya abang ipar saja terselamat,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Shah Alam, di sini, hari ini.

Nurul berkata, dia tiba di tempat kejadian jam 12.46 malam tadi dan tidak sanggup melihat keadaan kakaknya sebaliknya terus bergegas ke Unit Forensik Hospital Shah Alam.



Menurut Nurul, hubungannya dengan Norul Naziah agak akrab jadi berasa sedih yang teramat dengan pemergian kakaknya.

“Saya baru kehilangan adik yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada Julai lalu dan kini, kakak dan anak saudara pula meninggal dunia.

“Sedih sangat kerana tahun ini saja, 10 ahli keluarga saya meninggal dunia.

“Banyak petanda yang saya nampak sebelum pemergian kakak antaranya arwah pernah menyatakan mahu ‘ikut’ adik yang meninggal dunia akibat Covid-19 tetapi saya tidak fikirkan ia akan jadi kenyataan,” katanya.



Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 12.03 tengah malam dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dan BBP Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, kemalangan membabitkan dua Proton Wira, Perodua Axia dan treler.

“Anggota bertugas bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan alatan khas dan dibantu kren untuk mengangkat lori treler. Mangsa berjaya dikeluarkan serta diserahkan kepada polis.



“Kira-kira 17 individu mangsa terbabit dengan seorang wanita, lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan yang menaiki sebuah kereta meninggal dunia dalam kejadian itu. Turut maut seorang lelaki dewasa dalam sebuah kereta lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.-HM

‘Saya Terlalu Sayangkan Ibu’ – Anak Ketiga Mangsa Tragedi Kemalangan Maut

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)

‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker