10 Maut: PM Zahirkan Ucapan Takziah Kepada Ahli Keluarga Mangsa Yang Terkorban

Sebaran :

10 Maut: PM Zahirkan Ucapan Takziah Kepada Ahli Keluarga Mangsa Yang Terkorban

PUTRAJAYA – Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga 10 mangsa yang terkorban dalam kemalangan empat buah kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat USJ, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam malam tadi.

Ismail Sabri menerusi satu kemas kini status di laman Facebook turut mendoakan agar roh kesemua Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh.

“Saya menerima perkhabaran sedih dan pilu mengenai kemalangan maut yang telah mengorbankan 10 mangsa termasuk kanak-kanak.



“Lima kanak-kanak lelaki, tiga kanak-kanak perempuan dan seorang lelaki serta wanita dewasa antara mangsa yang dikenalpasti terkorban dalam kemalangan yang menyayat hati ini,” katanya.

Tambah beliau, Keluarga Malaysia diseru untuk bersama-masa sedekahkan bacaan surah Al Fatihah buat mangsa yang terkorban.

“Saya juga menyeru kepada pengguna jalan raya agar memandu dengan berhati-hati ketika menghadapi cuaca yang tidak menentu di negara kita

“Pandu dengan selamat, ingatlah orang yang tersayang dan ahli keluarga kita yang menunggu kepulangan kita,” ujar beliau.



Terdahulu, Kosmo! Online hari ini melaporkan tentang kejadian kemalangan maut yang mengorbankan 10 mangsa di Kilometer 8.3 Lebuh Raya Elite di Subang Jaya melibatkan sebuah treler dan tiga kenderaan yang berhenti di lorong kecemasan.

Pemandu treler berkenaan yang berusia 37 tahun kini ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

10 Maut: PM Zahirkan Ucapan Takziah Kepada Ahli Keluarga Mangsa Yang Terkorban

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


10 Maut Termasuk Kanak-Kanak Kemalangan Ngeri Babit Tiga Kereta, Sebuah Treler [VIDEO]

10 Mangsa Maut Nahas Kemalangan Di Lebuhraya ELITE Dikenal Pasti-Al-Fatihah


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.