UMNO Selayang mohon restu Pusat benarkan MN diteruskan

SUNGAI BULOH – UMNO Selayang memohon restu pucuk pimpinan parti Pusat supaya kerjasama Muafakat Nasional (MN) diteruskan di Selangor.

Pengerusi UMNO Selayang, Datuk Abdul Shukur Idrus berkata, MN di Selangor masih kukuh dan sudah merangka agenda untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, kerjasama dua parti Melayu terbesar itu diyakini mampu menggugat pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di Selangor pada PRU15 nanti.

“Jumlah pengundi Melayu di Selangor sama dengan bilangan kaum lain. Kita yakin penyatuan parti Melayu yang besar ini mampu mengambil alih negeri ini.

“Dengan itu, MN akan terus kukuh di Selangor,” katanya pada perasmian Mesyuarat UMNO Selayang di Kelab Rahman Putra di sini pada Sabtu.

Abdul Shukur menurunkan tandatangan sebagai simbolik perasmian Mesyuarat UMNO Selayang di Kelab Rahman Putra, Sungai Buloh pada Sabtu.
Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Yang Dipertua Pas Selayang, Zaidy Abdul Talib.

Beliau tidak menafikan bahawa bukan mudah untuk menyatukan orang Melayu dalam satu parti, bagaimanapun katanya, itu adalah perkara biasa dan kedua-dua parti tidak tergugat dengan cabaran berkenaan.

“Menjadi perkara biasa untuk menyatukan bangsa kita. Kena hadapi ranjau dan duri, namun UMNO dan Pas di Selangor tidak tergugat.

“Insya-ALLAH, MN akan menghadapi PRU15 bersama-sama untuk mengambil alih kerajaan PH di Selangor.

“Saya berharap pucuk pimpinan Pas dan UMNO di peringkat Pusat mengizinkan supaya MN Selangor meneruskan agenda kami,” ujar beliau.

UMNO Selayang mohon restu Pusat benarkan MN diteruskan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kes Guan Eng boleh tunggu tahun depan, kenapa Najib dipercepatkan? – Shafee

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker