Belasah junior sampai bengkak rusuk
Gambar Hiasan
Belasah junior sampai bengkak rusuk
MUAR- Dua pelajar ditahan polis selepas dipercayai membuli seorang pelajar ‘junior’ sehingga mengalami kecederaan bengkak di bahagian rusuk kiri.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, suspek masing-masing berusia 16 tahun itu ditahan di Johor Bahru dan Kuala Sungai Baru, Melaka baru-baru ini.
“Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar menerima laporan petang semalam berhubung kejadian buli terhadap mangsa yang berusia 14 tahun. Mangsa telah mengalami kecederaan bengkak di bahagian rusuk kiri.
“Hasil siasatan mendapati telah dibuli kumpulan ‘senior’ berkenaan pada 9 Disember lalu di sebuah sekolah menengah dalam daerah ini sehingga mangsa terpaksa menerima rawatan di hospital.
“Siasatan lanjut kemudian mendapati kejadian berpunca daripada beberapa pelajar ‘senior’ yang tidak berpuas hati dengan sikap mangsa dan rakan-rakannya, menyebabkan mereka dibuli,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, polis juga sedang mengesan suspek-suspek lain yang disyaki terlibat dengan perbuatan itu. K Online
Belasah junior sampai bengkak rusuk
Baca Artikel Menarik :
- Lelaki Mengamuk Pecahkan Cermin Kereta Isteri Dah Kena Tahan
- Mahathir gesa bincang peranan raja berperlembagaan
- Muntah paus tulen jika dibakar berbau harum – pakar
- Zeti harus bertanggungjawab!
- Kompaun SOP RM10 ribu sangat tidak munasabah – Tok Mat
- Aliff Syukri enggan komen dakwaan hantar pembida beli aset Sajat
- Jawapan kepada tuduhan Lim terhadap Ismail Sabri
- Penyelam Skuba Menitis Air Mata Temui Mayat Dua Remaja Yang Hilang 21 Tahun Lalu [VIDEO]
- Wanita tidak sengaja siar aktiviti seks bersama suami di Facebook
- Jurulatih gim dihukum penjara, rakam wanita mandi dalam tandas
- Salji turun di Genting Highlands?
Layari Laman Facebook MYKMU</a