Aguero menangis gantung but

Aguero menangis gantung but

Penyerang Barcelona, Sergio Aguero mengumumkan persaraannya daripada bola sepak dalam sidang media yang menghibakan, hanya sebulan selepas pemain berusia 33 tahun itu dikesan mengidap masalah jantung.

“Saya memutuskan untuk berhenti bermain secara profesional. Ia keputusan yang sangat sukar tetapi saya gembira dengan keputusan ini. Kesihatan saya lebih penting,” kata Aguero yang menikmati 10 musim penuh kejayaan di Manchester City sebelum menyertai Barcelona.

Dia menandatangani kontrak selama dua tahun bersama gergasi Catalan itu namun hanya beraksi lima perlawanan dan menjaringkan satu gol menentang Real Madrid sebelum dibawa ke hospital kerana ‘sakit dada’ selepas aksi berdepan Alaves, Oktober lalu.

Dia kemudiannya didapati menghidapi masalah jantung dan perlu menerima hakikat bahawa dia tidak lagi boleh bermain bola sepak.

“Saya mengambil keputusan ini kerana masalah yang saya hadapi lebih sebulan lalu. Doktor sudah melakukan yang terbaik dan mereka katakan jalan terbaik adalah supaya saya berhenti bermain.

“Saya mencuba sedaya upaya untuk menghidupkan harapan tetapi ini adalah penyudahnya. Positifnya adalah mereka mengesan masalah ini sekarang dan bukannya sebelum ini.

“Saya akan tetap gembira dengan kehidupan di luar bola sepak dan akan cuba menikmati kehidupan ini,” katanya pada sidang media di Camp Nou.

Aguero yang lebuh dikenali sebagai ‘Kun’ memulakan kariernya di Independiente sebelum menyertai Atletico Madrid pada 2006.

Dia memenangi Liga Europa di Sepanyol sebelum berhijrah ke City pada 2011.

Aguero meninggalkan Etihad sedekad kemudian sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman mereka dengan 260 gol dengan jaringan minit akhirnya ketika menentang Queen Park Rangers (QPR) yang membolehkan City merangkul kejuaraan liga 2012 menjadi antara jaringan paling diingati.

“Saya bangga dengan karier yang saya harungi. Semua tahu jaringan saya ketika menentang QPR untuk gelaran liga pertama saya tetapi banyak lagi detik yang hebat,” katanya. BH

Aguero menangis gantung but


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Honda Civic 2022 serba baharu

MLM 2021: Rosyam jawab kritikan diterima

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker