‘Long Covid’ Ekonomi, Rakyat Berharap Skim i-Citra Disambung – Ahmad Zahid

‘Long Covid’ Ekonomi, Rakyat Berharap Skim i-Citra Disambung – Ahmad Zahid

Kesan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) suam-suam kuku ternyata memberi implikasi ekonomi yang sangat teruk, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, ia bukan sahaja memberi kesan kepada ekonomi negara, malah terhadap ekonomi rakyat dan pasti mengambil masa untuk pulih sepenuhnya.

“Jika kerajaan baharu sedang berusaha memulihkan kewangannya, begitu juga rakyat kebanyakan.

“Jika ada istilah ‘long covid’ dalam aspek kesihatan, ini pula boleh dianggap sebagai ‘long covid’ dalam aspek ekonomi.

“Justeru, ramai berharap Menteri Kewangan memenuhi permintaan rakyat supaya menyambung skim i-Citra,” katanya itu dalam satu hantaran di Facebook.

Jelasnya lagi, pencarum yang mempunyai simpanan mencukupi wajar dibenarkan untuk mengeluarkan wang mereka sekali lagi.

“Sekurang-kurangnya mereka dapat bertahan sedikit masa lagi dengan harapan keadaan akan bertambah baik selepas itu,” katanya.

Ulasnya, ini berikutan moratorium bayaran balik pinjaman dan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui skim i-Citra bakal berakhir bulan ini.

“Bagaimanapun saya difahamkan tidak semua rakyat telah bersedia untuk kembali membayar komitmen mereka.

“Masih ada belum mendapat pekerjaan yang stabil, yang berniaga juga belum memperoleh keuntungan dan sebagainya,” ujar Ahli Parlimen Bagan Datuk itu. – UMNO ONLINE

‘Long Covid’ Ekonomi, Rakyat Berharap Skim i-Citra Disambung – Ahmad Zahid

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021: Bahye bakal juara?

Restoran terkenal di Ipoh disahkan JAIPk tiada sijil halal

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker