Bertaubatlah, mohon ampun kepada Allah, nasihat hakim kepada pesalah seksual

Bertaubatlah, mohon ampun kepada Allah, nasihat hakim kepada pesalah seksual

Seorang penganggur akan menjalani hukuman penjara 20 tahun dan 24 kali sebatan atas kesalahan melakukan serangan seksual berganda dan samun bersenjata terhadap seorang jurujual di sebuah kedai pakaian di Kuala Terengganu tiga tahun lalu.

Mohamad Nurhadi Othman, 28, memaksa mangsa melakukan seks oral, merogol dan meliwatnya dua kali dalam tempoh 45 minit. Dia kemudian merompak barang kemas dan beg mangsa sebelum melarikan diri.



Hari ini, Mahkamah Rayuan menolak rayuannya untuk mengurangkan hukuman dan memutuskan bahawa hukuman penjara adalah tidak keterlaluan. Hukuman maksimum bagi kesalahan merogol ialah 30 tahun.

“Kami telah mempertimbangkan fakta dan keadaan kes ini dan tidak ada sebab untuk mengganggu hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi,” kata Kamaludin Md Said, yang mengetuai panel tiga hakim.

Hakim lain ialah Abu Bakar Jais dan Ghazali Cha.

Kamaludin berkata, Nurhadi akan menghabiskan tempoh lebih lama di penjara jika Mahkamah Tinggi memerintahkan hukuman itu berjalan berasingan.



“Hendaklah kamu bertaubat semasa menjalani hukuman dan memohon ampun kepada Allah,” kata Ghazali kepada Nurhadi.

Ketika membentangkan fakta kes, Timbalan Pendakwa Raya Atiqah Abdul Karim@Husaini berkata Nurhadi memaksa mangsa berusia 23 tahun melakukan seks oral ke atasnya dan meliwatnya dua kali serta merogolnya di premis itu antara 10.10 malam dan 10.55 malam pada 1 Ogos 2018.

“Nurhadi menunggu di luar kedai dan mengambil kesempatan melakukan jenayah itu ketika jurujual itu bersendirian.

“Dia masuk ke dalam kedai dengan alasan ingin membeli baju dan meminta mangsa mencubanya kerana ingin membelikannya untuk teman wanitanya.



“Dia kemudian mengeluarkan sebilah pisau dan mengugut mangsa sebelum melakukan jenayah seksual ke atasnya,” kata Atiqah.

Atiqah berkata, ini menunjukkan bahawa serangan itu telah dirancang.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa trauma dan dia juga takut akan dicederakan apabila rompakan berlaku. Nurhadi melarikan dua gelang emas dan beg mangsa,” katanya.

Menurut Atiqah, Nurhadi ditahan pada keesokan harinya selepas bermalam di sebuah hotel berhampiran.



Dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan pada perbicaraannya di Mahkamah Sesyen dan dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan lapan sebatan rotan kerana merogol.

Dia turut dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan lima sebatan setiap satu bagi pertuduhan seks oral dan dua pertuduhan liwat.

Selain itu, dia dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan masing-masing enam sebatan atas dua pertuduhan merompak barang kemas dan beg mangsa.

Hakim memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak, yang bermakna dia akan menjalani hukuman penjara 20 tahun dan dikenakan 35 sebatan.



Nuraidi kemudian merayu kepada Mahkamah Tinggi supaya hukumannya diringankan.

Bagaimanapun, mahkamah itu mengekalkan hukuman penjara dan hanya mengurangkan lima sebatan setiap satu bagi pertuduhan seks oral dan liwat kepada dua. Ini bermakna dia akan menerima 29 sebatan.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan hari ini.

Bagaimanapun, tertuduh hanya akan disebat 24 kali seperti ditetapkan di bawah Kanun Prosedur Jenayah (CPC). FMT



Bertaubatlah, mohon ampun kepada Allah, nasihat hakim kepada pesalah seksual


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Honda Civic 2022 serba baharu

MLM 2021: Rosyam jawab kritikan diterima

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker