Pindaan Akta 342 disemak semula, hukuman dikurangkan tapi masih membebankan

Sebaran :

Pindaan Akta 342 disemak semula, hukuman dikurangkan tapi masih membebankan

Kementerian Kesihatan telah mengurangkan beberapa penalti atau hukuman dalam rang undang-undang (RUU) yang mencadangkan pindaan kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Ini susulan kenyataan kenyataan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim semalam yang berkata mereka tidak boleh menyokong RUU itu dalam bentuk yang dibentangkan.

Terdapat tiga perubahan dibuat pada RUU itu hari ini, yang berkisar tentang hukuman maksimum yang boleh dikenakan di bawah akta tersebut.



Pertama, Fasal 9 RUU itu disemak semula dengan menurunkan denda maksimum RM100,000 yang dicadangkan pada mulanya atau tujuh tahun penjara di bawah Seksyen 24(a) kepada “RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun” jika kes itu. Membabitkan seorang individu.

Seksyen 24 pula berkaitan “hukuman am” bagi “mereka yang melakukan kesalahan di bawah akta berkenaan yang tiada penalti diperuntukkan secara nyata”.

Kedua ialah mengurangkan hukuman yang dicadangkan dalam Seksyen 25(b), daripada denda tidak melebihi RM1 juta bagi badan korporat kepada pengurangan sebanyak RM500,000.

Semakan ketiga adalah menggantikan cadangan penambahan Seksyen 31(3) kepada kompaun tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.



Versi asal RUU itu sebelum ini mencadangkan hukuman maksimum daripada denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya bagi seksyen yang sama.

Akta 342 sekarang memberi kuasa kepada ketua pengarah kesihatan untuk mengenakan denda maksimum RM1,000 terhadap individu yang melanggar prosedur operasi standard, seperti kegagalan memakai topeng muka di tempat awam.

Anwar semalam berkata panel pembangkang telah menyatakan kepada perdana menteri bantahannya terhadap rang undang-undang itu dalam bentuk yang dibentangkan.

RUU itu, yang dibentangkan untuk bacaan pertamanya semalam, pada mulanya mencadangkan denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi tujuh tahun bagi pesalah individu.



Ternyata ramai netizen masih tidak setuju dengan pindaan tersebut. Bagi mereka ia adalah jumlah yang tidak munasabah serta membebankan.

Pindaan Akta 342 disemak semula, hukuman dikurangkan tapi masih membebankan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Honda Civic 2022 serba baharu

MLM 2021: Rosyam jawab kritikan diterima


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *