Tiga lelaki ‘naik hantu’ hanya kerana murid tadika bising

Sebaran :

Tangkap layar video yang tular di Facebook pada Rabu.

SEREMBAN – Terganggu dengan bunyi bising murid sedang belajar dipercayai menjadi punca tiga lelaki dikatakan mengamuk di sebuah tadika di Bandar Sri Sendayan di sini dalam kejadian pada Selasa.

Tiga rakaman video kejadian itu telah tular di media sosial Facebook pada Rabu sehingga menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang antaranya mahu polis mengambil tindakan segera.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, polis telah pun memanggil ketiga-tiga lelaki terbabit untuk siasatan lanjut selepas pengusaha tadika membuat laporan pada Selasa.

“Difahamkan perselisihan faham berlaku disebabkan jiran terganggu dengan bunyi bising murid tadika berkenaan yang sedang belajar. Ketika kejadian terdapat seramai 76 murid.



“Hasil perbincangan antara pengusaha tadika dan tiga individu terbabit yang dipanggil di balai polis, mereka telah bersetuju supaya perkara ini tidak dipanjangkan,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Sehubungan itu katanya, polis berharap perkara itu tidak lagi diperbesarkan dan penduduk di kawasan berkenaan dinasihatkan supaya bertenang kerana keadaan terkawal.

Ujarnya, masyarakat juga diminta tidak lagi menyebarkan rakaman video kejadian yang berlaku kerana boleh mendatangkan rasa tidak tenteram penduduk.

Menerusi keterangan pada video terbabit di Facebook, dinyatakan tiga lelaki telah mengamuk di tadika tersebut sehingga menimbulkan ketakutan pada guru dan murid-murid.



Kejadian itu berlaku pada jam 11.45 pagi dan suspek dikatakan telah menggunakan besi untuk mengetuk pintu tadika sambil mengeluarkan perkataan yang berunsur mengugut.

Keterangan di Facebook turut menyatakan, punca mengamuk disebabkan tadika bising murid-murid sedang belajar.

Tiga lelaki ‘naik hantu’ hanya kerana murid tadika bising

 


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir akui restu Hamzah lamar Umno, PAS sebelum Langkah Sheraton


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.