KJ beri amaran jangan tempangkan KKM

SRI AMAN – Semua ahli Parlimen termasuk daripada blok pembangkang diminta menyokong Rang Undang-undang (RUU) Pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana pindaan berkenaan bakal bertindak sebagai ‘senjata’ tambahan dalam menghadapi pandemik Covid-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, beliau telah memberi taklimat kepada kepada ahli-ahli Parlimen pada Isnin lepas mengenai garis panduan serta beberapa syarat yang perlu dipatuhi dalam pindaan itu sebelum jumlah kompaun dikeluarkan atas setiap kesalahan atau pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pandemik Covid-19.

Katanya, garis panduan itu turut melindungi daripada berlakunya kompaun yang terlalu zalim kepada rakyat.



“Tak kanlah kita nak bagi kompaun RM10,000 kalau tidak pakai pelitup muka. Ada syarikat pendapatan berbilion ringgit setahun, jadi kalau akta sedia ada hanya membenarkan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) memberi kompaun RM1,000 kepada kilang yang telah banyak kali menjadi kluster, setelah kita buat penilaian kalau itu silap mereka patutlah ambil tindakan.

“Jadi saya minta jangan tempangkan KKM, kalau sekiranya kita tidak dapat pindaan ini. Dari segi perhalusan atau penelitian kita ada garis panduan, ada peraturan dan saya sudah maklumkan kepada pembangkang dan juga semua ahli Parlimen saya akan bawa garis panduan itu kepada Jawatankuasa Pilihan Khas,” katanya.

Khairy berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Projek Cadangan Membina dan Menyiapkan Hospital Baharu Sri Aman Fasa 2 yang turut dihadiri oleh Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof di sini pada Rabu.

Pembangunan projek hospital itu terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa pertama terdiri daripada skop Kerja Tanah yang melibatkan Kerja Rawatan Tanah dengan kos projek berjumlah RM8 juta.



Fasa kedua yang melibatkan skop Kerja Bangunan Hospital baharu, kuarters dan bangunan sokongan dengan kos kontrak semasa sebanyak RM181.4 juta.

Mengulas lanjut, Khairy turut menolak dakwaan pembangkang pindaan akta tersebut bersifat punitif.

“Kita sudah ada garis panduan supaya tidak ada penyalahgunaan kuasa dan saya merayu untuk bawa pindaan ini kali ini sebab esok hari terakhir (sidang Dewan Rakyat) kalau tidak kena tunggu sampai bulan tiga (Mac) tahun depan, kita tidak tahu apa yang akan berlaku dalam dua bulan akan datang dengan Omicron dan sebagainya.

“Saya tidak mahu jadi punitif. Punitif ini ‘last resort’ (pilihan terakhir) tetapi kita perlu ada semua senjata hadapi pandemik ini. Vaksinasi kita ada, langkah-langkah awal ada, SOP ada, kawalan tetapi tak kan soal isu denda tidak ada?” soal beliau. – Bernama



KJ beri amaran jangan tempangkan KKM

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Perbicaraan Kes Rasuah: Guan Eng terima gaji, elaun hampir RM45,000 sebulan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker