Penampilan terbaharu bekas MB Selangor mengejutkan

Khalid (tengah) di samping isteri bersama anak dan cucu ketika menyambut hari lahirnya pada Selasa.

SHAH ALAM – Penampilan terbaharu bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengejutkan banyak pihak susulan keadaan fizikalnya yang semakin susut.

Abdul Khalid berkongsi gambar terbaharunya itu menerusi kemas kini di Facebook pada Rabu.

Gambar beliau di samping isteri, Puan Sri Salbiah Tunut bersama anak dan cucunya itu dirakam sewaktu menyambut hari lahir ke-75.

Menerusi kemas kini di Facebook itu, beliau memanjatkan kesyukuran kerana diberikan kesempatan menyambut hari kelahirannya bersama keluarga di rumah.

“Syukur alhamdulillah saya telah diberi kesempatan menyambut hari lahir di rumah semalam (Selasa) bersama Salbiah, Iqbal, Aida serta Arif.

“Terima kasih di atas ucapan selamat daripada semua teman melalui WhatsApp dan media sosial,” katanya.

Beliau turut memohon maaf susulan tidak dapat membalas setiap kiriman mesej yang diterimanya itu.

“Maka di sini saya mengambil kesempatan untuk turut berdoa agar kita semua di dalam rahmat ALLAH SWT serta diberikan umur yang panjang dan bermanfaat dengan kesihatan yang baik. Amin,” tulisnya.

Penampilan terbaharu bekas MB Selangor mengejutkan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perbicaraan Kes Rasuah: Guan Eng terima gaji, elaun hampir RM45,000 sebulan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker