Mujur abang bomba pujuk

Mujur abang bomba pujuk

Kota Kinabalu: Seorang pesakit wanita berjaya dipujuk dan diselamatkan daripada terjun bangunan Hospital Queen Elizabeth II (HQEII), di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa yang berusia 30-an itu dikatakan memanjat keluar tingkap bersebelahan beranda di tingkat tiga bangunan.

Bagaimanapun, kejadian disedari orang ramai dan kakitangan hospital yang kemudiannya menghubungi pasukan bomba untuk mendapatkan bantuan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.16 tengah hari.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan 10 anggota dan pegawai bersama sebuah jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa didapati masih berada di luar tingkap seorang diri.

“Pasukan bomba memujuk dan menenangkan mangsa supaya membatalkan hasratnya terjun bangunan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak hospital dan polis untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, pasukan bomba kemudiannya melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 2.38 petang. HM

Mujur abang bomba pujuk


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Honda Civic 2022 serba baharu

MLM 2021: Rosyam jawab kritikan diterima

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker