Kerajaan benar perarakan Thaipusam, tapi….

Kerajaan benar perarakan Thaipusam, tapi….

Kerajaan secara dasarnya membenarkan perarakan pedati berhala sempena perayaan Thaipusam yang akan disambut penganut Hindu pada 18 Januari ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk M Saravanan, berkata beliau bersama Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique sudah menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein bagi membincangkan isu itu.

Mesyuarat itu katanya, turut disertai rakan Kabinet dari Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

“Tapi kita akan pastikan (sambutan) dapat mengawal COVID-19 dan (garis panduan prosedur operasi standard) akan diperhalusi pada mesyuarat akan datang,” katanya selepas merasmikan Karnival Kerjaya Orang Kurang Upaya (OKU) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Hadir sama,Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) merangkap pemangku Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (KSM), Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar dan Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Pada 7 Disember, kerajaan memberitahu semua perarakan perayaan Thaipusam tidak dibenarkan berikutan varian baharu COVID-19, Omicron, namun selepas menerima kritikan pelbagai pihak, Kementerian Perpaduan Negara telah membuat kenyataan bahawa SOP COVID-19 untuk sambutan itu belum dimuktamadkan. BH

Kerajaan benar perarakan Thaipusam, tapi….


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021: Bahye bakal juara?

Restoran terkenal di Ipoh disahkan JAIPk tiada sijil halal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker