Rompak hampir RM1 juta, pegawai agensi penguat kuasa antara 2 individu ditahan

Rompak hampir RM1 juta, pegawai agensi penguat kuasa antara 2 individu ditahan

Dua individu termasuk seorang pegawai agensi penguat kuasa ditahan polis selepas disyaki terbabit kes rompakan berkumpulan di sebuah rumah di Jalan Ampang di sini, membabitkan kerugian hampir RM1 juta.

Dalam kejadian berlaku 12 tengah hari kelmarin, tiga lelaki memperkenalkan diri sebagai pegawai penguat kuasa sebuah agensi penguat kuasa memecah masuk rumah seorang ahli perniagaan berusia 50-an.

Menurut sumber, suspek mendakwa sedang menjalankan siasatan terhadap mangsa lalu menggeledah rumah dan meminta mangsa mengambil beg berisi wang tunai.

“Mangsa menuruti arahan suspek sebelum mereka melarikan beg berkenaan menaiki sebuah kenderaan.

“Selepas kejadian itu, mangsa tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber berkata, bertindak atas laporan polis menjalankan siasatan dan berjaya menahan dua lelaki termasuk seorang pegawai penguat kuasa masing-masing berusia 30-an.

Katanya, polis sedang mengesan suspek yang masih bebas. HM

Rompak hampir RM1 juta, pegawai agensi penguat kuasa antara 2 individu ditahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker