Kerap Sakit Kepala, Cuba Elak Perkara Ini

Kerap Sakit Kepala, Cuba Elak Perkara Ini

MASALAH sakit kepala migrain sering muncul secara tiba-tiba memang meresahkan, lebih-lebih lagi jika anda berhadapan dengan jadual dan aktiviti yang padat.

Berikut adalah beberapa punca migrain yang kurang diketahui.

Seperti yang dilaporkan oleh Mayo Clinic, migrain adalah sakit kepala yang boleh menyebabkan sakit berdenyut termasuk pada tahap teruk pada sebelah kepala.

Apabila ini berlaku, anda juga mungkin mengalami loya, muntah serta peka yang melampau kepada cahaya dan bunyi.

Serangan migrain boleh berlarutan berjam-jam hingga berhari-hari dan kesakitan boleh menjadi sangat teruk sehingga mengganggu aktiviti harian.

Mengenal pasti punca migrain adalah penting kerana ia membantu dalam mencegah serangan migrain lain pada masa hadapan.

Berikut adalah punca migrain yang jarang diketahui seperti:

1. Cuaca

Menurunkan tekanan barometrik, suhu tinggi dan kelembapan tinggi akibat cuaca adalah punca biasa seseorang individu itu cenderung untuk mendapat serangan migrain.

Walaupun tidak boleh mengubah cuaca tetapi mengesan gejala awal membolehkan anda membuat persediaan untuk rawatan dengan sewajarnya.

2. Hujung minggu atau cuti

Sesetengah penghidap migrain melaporkan sakit kepala yang kerap atau biasa pada hujung minggu dan semasa cuti. Mengejutkan bukan?

Migrain yang berlaku pada hujung minggu boleh disebabkan kerana aktiviti sepanjang minggu menyebabkan anda mengalami tekanan.

Apabila anda melepaskan tekanan ini pada hujung minggu atau cuti, tindak balas badan adalah mungkin sakit kepala.

Sesetengah pakar juga menyatakan bahawa sakit kepala hujung minggu disebabkan oleh perubahan dalam diet atau pola tidur.

3. Terlalu banyak tidur

Ramai orang mendakwa mengalami sakit kepala semasa cuti atau hujung minggu mungkin disebabkan oleh pola tidur yang tidak sihat.

Semasa cuti ada orang menghabiskan masa mereka dengan tidur dan sebenarnya terlalu banyak tidur boleh meningkatkan sakit kepala migrain.

4. Kafein

Terlalu banyak kopi boleh meningkatkan risiko mendapat migrain. Sakit kepala berlaku beberapa jam selepas pengambilan kafein dan disebabkan oleh penarikan kafein.

Pengambilan kafein lewat daripada biasa juga boleh menjadi punca migrain.

5. Hipoglikemia reaktif

Jumlah karbohidrat ringkas yang berlebihan seperti gula putih dan pasta boleh menyebabkan migrain.

Apabila anda makan karbohidrat ringkas, gula dalam darah meningkat.

Badan anda kemudiannya menghasilkan insulin tambahan untuk memecahkan gula, seterusnya menyebabkan paras gula dalam darah anda menurun secara drastik.

Lonjakan dan penurunan gula dalam darah itu boleh menyebabkan sakit kepala.

6. Kekurangan magnesium

Kedua-dua tekanan emosi dan fizikal boleh menyebabkan kekurangan magnesium. Kehilangan magnesium kemudiannya boleh menyebabkan sakit kepala.

Pengambilan magnesium secara umumnya boleh diperolehi melalui pengambilan makanan seperti pisang, tauhu, tempe, sayuran hijau dan ikan.

Kerap Sakit Kepala, Cuba Elak Perkara Ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker