Manfaat Air Serai Untuk Kesihatan Perlu Anda Ketahui
Manfaat Air Serai Untuk Kesihatan Perlu Anda Ketahui
SERAI merupakan tumbuhan yang umumnya digunakan untuk memasak atau membuat minuman.
Salah satu cara menggunakan serai adalah dengan merebusnya dalam air dan dijadikan teh serai.
Berikut adalah khasiat air rebusan serai yang baik untuk kesihatan yang telah digunakan secara meluas di pelbagai negara.
1. Meningkatkan kesihatan gigi dan mulut
Kajian menunjukkan ekstrak serai mampu menghalang pertumbuhan bakteria.
Ini termasuk bakteria yang boleh mengganggu kesihatan pergigian dan mulut, seperti Streptococcus Sanguinis yang boleh menyebabkan kaviti.
Air rebusan serai juga boleh digunakan sebagai ubat kumur untuk menjaga kesihatan mulut.
Kita juga boleh menggigit dan menggosok sisa rebusan serai pada gigi seperti menggunakan kayu sugi.
2. Melegakan kerisauan
Minum teh panas boleh membuat anda tenang, tetapi khasiat rebusan serai tidak terhenti di situ.
Serai juga membantu menghilangkan keresahan kerana kajian mendapati bahawa menghidu serai terutama dalam bentuk minyak pati dapat membantu orang yang mengalami masalah keresahan.
3. Mengatasi kembung perut
Air rebusan serai juga boleh digunakan untuk merawat kembung perut.
Kajian menunjukkan pengambilan air rebusan serai boleh meningkatkan kekerapan membuang air kecil kerana ia mempunyai kesan diuretik.
Justeru, kembung perut yang berlaku akibat pengumpulan cecair dalam badan dapat diatasi.
Khasiat rebusan serai boleh digunakan untuk mengatasi masalah yang sama semasa sindrom prahaid (PMS).
4. Mencegah jangkitan
Manfaat air rebusan serai seterusnya adalah untuk mencegah jangkitan.
Kajian menunjukkan serai mampu mencegah pelbagai jenis jangkitan yang dialami akibat penurunan sistem imun badan, contohnya mengurangkan dan melegakan kudis pada penghidap HIV.
5. Menurunkan kolesterol
Kajian menunjukkan ekstrak serai mampu menurunkan paras kolesterol.
Jumlah kolesterol yang diturunkan bergantung pada jumlah dos yang digunakan.
Untuk menurunkan lebih banyak kolesterol, lebih banyak serai diperlukan.
6. Mengatasi cirit-birit
Air rebusan serai boleh digunakan untuk mengurangkan kekerapan membuang air besar terutama menangani cirit-birit.
Tumbuhan ini juga mempunyai fungsi antibakteria yang boleh mengurangkan jangkitan pada saluran penghadaman.
Cara membuat rebusan serai
Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda ikuti dan boleh dilakukan sendiri di rumah:
a. Sediakan sebatang serai dan segelas air.
b. Potong batang serai kepada ukuran 2.5cm – 5cm.
c. Panaskan air dan biarkan mendidih.
d. Tuang air panas ke dalam bekas yang telah dipotong tangkai serai.
e. Biarkan batang serai meresap sekurang-kurangnya 5 minit dalam gelas.
Air rebusan serai boleh diminum panas atau sejuk dengan menambah ketulan ais untuk menjadikan minuman ini lebih segar.
Tiada sukatan betul mengenai penggunaan serai untuk kesihatan tetapi kita dinasihatkan untuk mulakan dengan minum segelas sehari.
Pengambilan rebusan serai adalah selamat, tetapi wanita hamil dinasihatkan untuk tidak mengambilnya.
Walaupun tiada bukti kes atau kajian yang mendedahkan bahaya rebusan serai untuk kehamilan, namun kebaikan rebusan serai yang boleh melancarkan haid, dikhuatiri boleh memberi kesan kepada kehamilan dan menyebabkan risiko keguguran.
Manfaat Air Serai Untuk Kesihatan Perlu Anda Ketahui
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kongsi suara suami lafaz cerai buat ramai sebak
- Armada dibawah Wan Fayhsal gagal – Armada Bersatu
- SPRM lucut hak RM540,000, 8 keping emas milik bekas KSU
- Saya akan terus membela diri dan menegakkan kebenaran di mahkamah dunia – Najib
- Netizen geram lihat pelajar jadikan rakan ‘punching bag’
- PrnSarawak: Ali Biju tidak boleh tarik diri
- Ambil kira siasatan ‘pemain utama’ skandal 1MDB
- Ebit Lew bergambar dengan samseng jalanan Rio De Janeiro
- Jejaka Sarawak kahwin dua wanita serentak
- Menteri Kewangan perlu bertaubatlah, banyak kes bunuh, jenayah akibat arak
- Rider ditindas: Mana SUHAKAM? Malulah ada agensi sebegini
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta
You must be logged in to post a comment.