Mesyuarat MKT Umno ditangguh

Mesyuarat MKT Umno ditangguh

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menangguhkan mesyuarat tergempar yang dijadualkan berlangsung hari ini, kata Setiausaha Agungnya, Ahmad Maslan.

“Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat MKT Umno yang dijadualkan hari ini telah ditangguhkan. Saya memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul,” katanya dalam kenyataan.

Awal pagi tadi, media melaporkan Biro Politik dan MKT Umno akan mengadakan mesyuarat tergempar hari ini, susulan keputusan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang menyaksikan tiada gabungan mencapai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

BN hanya memenangi 30 kerusi Parlimen pada PRU15, manakala Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional masing-masing menguasai 82 dan 73 kerusi. FMT

Mesyuarat MKT Umno ditangguh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker