Kerajaan tidak berdiam diri isu harga barang naik – Ismail

Kerajaan tidak berdiam diri isu harga barang naik – Ismail

KERAJAAN tidak berdiam diri isu peningkatan harga barangan walaupun ada kalanya ia di luar kawalan kerajaan disebabkan permintaan tinggi berbanding penawaran yang rendah di pasaran, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, kerajaan tahu harga barang sedang meningkat dan sesuatu sedang dilakukan antaranya diadakan jualan murah iaitu Program Jualan Keluarga Malaysia yang dilaksanakan di seluruh negara, di dua kawasan di setiap Parlimen dan harga murah sehingga 50 peratus diskaun.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bera, hari ini.

Ismail Sabri berkata, kerajaan juga telah memperuntukkan sejumlah RM100 juta kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selain RM62 juta subsidi baja sebagai inisiatif untuk mengatasi masalah kenaikan harga.

Katanya, dalam Mesyuarat Kos Sara Hidup yang dipengerusikannya, pihaknya juga telah bersetuju supaya peniaga tidak menaikkan harga minyak masak sawit dan diberikan peruntukan subsidi tambahan sebanyak RM150 juta. SM

Kerajaan tidak berdiam diri isu harga barang naik – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker