Kanak-kanak mati ditikam oleh bapa sendiri

Kanak-kanak mati ditikam oleh bapa sendiri

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun menjadi mangsa masalah rumah tangga ibu bapanya apabila mati ditikam bapa kandungnya di Chennai, Tamil Nadu, India.

Kejadian itu berlaku selepas suspek bergaduh dengan isterinya.



Insiden itu berlaku pada Rabu lepas selepas suspek Radhakrishnan, 34, pulang ketika anaknya berseorangan di rumah.

Manakala emak mangsa, Lavanya, seorang jururawat di hospital swasta telah keluar untuk bertugas syif malam.

Suspek yang pulang ke rumah mencuriga isterinya yang didapati tiada di rumah ketika itu menyoal anaknya berkali-kali namun mangsa tidak dapat memberikan jawapan.

Melihat keadaan itu, Radhakrishnan naik berang dan mengambil pisau di dapur dan menikam perut anak kecilnya berulang kali.



Mangsa yang menjerit kesakitan dengan pendarahan yang banyak akhirnya rebah di lantai ruang tamu.

Suspek yang panik kemudiannya meninggalkan mangsa dan melarikan diri.

Jiran yang mendengar jeritan mangsa bergegas ke dalam rumah sebelum menemui kanak-kanak itu dalam keadaan berlumuran darah.

Jiran kemudian membawa mangsa ke hospital, malangnya mangsa telah disahkan meninggal dunia ketika diperiksa oleh doktor bertugas.



Polis di daerah Villivakkam telah membuka kertas siasatan dan kini menjejaki bapa mangsa. MG

Kanak-kanak mati ditikam oleh bapa sendiri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker