Tak makan babi punca kalah

Tak makan babi punca kalah

SINGAPURA: Pemain pasukan kebangsaan Vietnam bakal berdepan kelemahan jika tidak makan daging babi pada Piala AFF 2021 (Piala AFF 2020) yang berlangsung di Singapura ketika ini.

CNN Indonesia memetik Vietnam News yang menulis mengenai kepentingan makan daging babi untuk pemain itu.



“Ini mungkin kelihatan remeh, tetapi atlet merasakan mereka perlu rasa selesa supaya dapat melakukan sesuatu yang terbaik. Ini kerana ia boleh memberi kesan kepada menang atau kalah.

“Tahap prestasi fizikal juga boleh menurun tanpa pengambilan nutrisi yang mencukupi dan seterusnya akan ada kesan psikologi berada di tempat asing dengan memakan makanan asing,” tulis Vietnam News.

Vietnam News menambah, pasukan kendalian Park Hang Seo mungkin tidak terlalu merasakan kesan tidak makan daging babi semasa menang mudah 2-0 ke atas Laos dalam perlawanan pertama Kumpulan A Piala AFF.

Bagaimanapun menurut agensi berita itu, kesan masalah makanan tersebut akan menjejaskan prestasi pasukan pada penghujung kejohanan.



“Vietnam mungkin merasa mudah untuk menewaskan pasukan kecil Laos dengan dua gol. Dan masalah ini nampaknya tiada pada perlawanan pembukaan mereka, tetapi aspek ini mereka perlukan pada peringkat akhir kejohanan dan mereka akan merasakan perbezaan antara memakan ayam dan daging babi,” tulis Vietnam News.

Sebelum ini, pasukan kebangsaan Vietnam merungut mengenai hidangan disediakan tuan rumah dan menu itu dianggap tidak memenuhi keperluan nutrisi pemain dalam Piala AFF.

Vietnam News percaya banyak pihak dipersalahkan atas ketiadaan menu makanan yang menjadi kegemaran pemain pasukan kebangsaan Vietnam khususnya daging babi dalam Piala AFF ini. Wc

Tak makan babi punca kalah




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama



‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker