Kes Buli MRSM: Lagi pelajar ditahan

PETALING JAYA: Dua lagi pelajar yang terbabit dalam kejadian buli rakan setingkatan di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar, ditahan polis malam tadi, kata Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid.

Beliau berkata, kedua-dua pelajar yang juga berusia 13 tahun itu ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar, menjadikan enam pelajar Tingkatan 1 sekolah berkenaan telah ditahan setakat ini bagi membantu polis melengkapkan siasatan kes terbabit.

“Dua lagi pelajar lelaki ditahan ketika mereka hadir ditemani keluarga ke IPD Kuala Kangsar malam tadi (Jumaat),” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Malam tadi, media melaporkan empat pelajar yang juga suspek kes buli rakan setingkatan di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar, ditahan polis.

Mior Faridalathrash berkata, keempat-empat pelajar berusia 13 tahun itu ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar, antara pukul 6 hingga 7 petang.

Terdahulu beliau memberitahu, kertas siasatan kes berkenaan dibuka mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 233 Akta komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Katanya, semua lapan pelajar terbabit, termasuk seorang mangsa telah dikenal pasti dan mereka dipanggil bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan.

Tambah beliau, turut dipanggil untuk dirakam percakapan ialah pemilik akaun media sosial yang menularkan video kejadian itu.

Terdahulu, dalam video berdurasi 10 saat, tular di media sosial memaparkan seorang pelajar menumbuk seorang pelajar lain dalam asrama. Ia dikatakan berlaku di sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar.

Kes Buli MRSM: Lagi pelajar ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kes buli MRSM: ‘Tolonglah jangan report polis, kami menyesal sangat-sangat’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker