Aliff Syukri buat kontraversi lagi, kini ‘terkinja-kinja’ muzik video raya

Aliff Syukri buat kontraversi lagi, kini ‘terkinja-kinja’ muzik video raya

Aliff Syukri buat kontraversi lagi, kini 'terkinja-kinja' muzik video raya
Aliff Syukri buat kontraversi lagi, kini ‘terkinja-kinja’ muzik video raya

PETALING JAYA – Tidak pernah serik dengan kecaman, usahawan kosmetik sensasi Datuk Aliff Syukri sekali lagi mengundang perhatian apabila tampil dengan busana aneh dalam muzik video lagu raya baharunya tahun ini.

Dalam video yang dikongsikan, Aliff tampil dengan baju ketat persis pakaian mandi berwarna biru, lengkap bersamping serta
songkok.

Tidak keseorangan, lima penari yang mengiringi turut tampil dengan pakaian serupa.



Aliff dalam ruangan kapsyen mengakui tidak sabar untuk memperdengarkan lagu raya terbaharunya itu kepada umum, selain melabelkan dirinya sebagai penyanyi nombor satu negara.

“Beri laluan kepada lagu raya nombor satu bakal sohor kini empat tahun berturut-turut, Cak Cun Cak Raya.


Baca Artikel Menarik:

Afiq Muiz Gantung Isteri Tak Bertali Sejak 2021 – Peguam



“Semoga lagu raya ini memberi sinar kebahagiaan kepada anda semua untuk menyambut Hari Lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi, daripada artis nombor satu Malaysia,” katanya.

Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat fesyen yang digayakan Aliff dan penari merupakan gimik promosi untuk meraih perhatian ramai.

“Dia buat baju begitu supaya orang kecam dan raih perhatian. Ini semua teknik pemasaran, kemudian muncul dengan video menangis minta maaf.

“Bukankah ini baju yang dipakai dalam program ‘bolos saja dinding itu’?




Baca Artikel Menarik:

Hafidz sudah ke Hospital Bahagia

“Okey sahaja nak lancar lagu raya tetapi baju biarlah bersesuaian, sudah seperti nak berenang,” komen segelintir netizen.

Sekadar info, ini bukan pertama kali video muzik Aliff dikecam.



Sehingga kini, video tersebut meraih lebih 890,000 tontonan dalam Instagram sejak dimuat naik awal pagi tadi.

Tahun lalu, usahawan kontroversi turut mendapat kecaman bertalu-talu daripada netizen apabila tampil dengan tarian agak keterlaluan dan tidak bersesuaian dengan sambutan Aidilfitri.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Korek hidung batal puasa?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker