Fasa 2 Lebuhraya Pan Borneo Sarawak diteruskan – Ismail
Fasa 2 Lebuhraya Pan Borneo Sarawak diteruskan – Ismail
Kerajaan akan memastikan pembinaan Fasa Dua Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dari Pujut ke Lawas diteruskan, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
Pembinaan fasa kedua projek mega itu sebelum ini telah diluluskan oleh kerajaan persekutuan di bawah Barisan Nasional, namun katanya, dibatalkan selepas kerajaan persekutuan bertukar selepas pilihan raya umum 2018.
“Saya beri komitmen bahawa saya bersama Fadillah (Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof) dan CM (Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Openg), kita akan bincang bagaimana nak teruskan fasa dua dan jalan-jalan yang disebut sebagai redline dan missing link (laluan yang tidak disambung) ini.
“Saya juga beri komitmen kita tak akan berhenti setakat itu sahaja, kita akan teruskan segala projek untuk Sarawak,” katanya dalam ucapannya sebelum merasmikan pembukaan Jajaran Seksyen Serian Pakej Kerja Tiga Lebuhraya Pan Borneo.
Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Abang Johari dan Fadillah.
Jajaran Seksyen Serian sepanjang 33.65 kilometer yang siap sepenuhnya semalam, membabitkan kerja menaik taraf Jalan Persekutuan sedia ada dari Bulatan Serian ke Balai Ringin dengan kos keseluruhan RM700 juta.
Ia merupakan sebahagian dari Pakej Kerja Tiga projek Lebuhraya Pan Borneo dari Bulatan Serian ke Simpang Pantu dengan panjang keseluruhan 75.015 km.
Mengulas lanjut, Ismail berkata kerajaan persekutuan melihat projek Lebuhraya Pan Borneo ini sangat penting untuk rakyat Sarawak bukan sahaja untuk memudahkan perjalanan tetapi meningkatkan ekonomi rakyat setempat.
Sebenarnya kata beliau, banyak lagi dirancang kerajaan BN sebelum ini untuk Sarawak tetapi berubah selepas pertukaran Kerajaan Persekutuan pada 2018.
“Saya nak sebutkan kesan pertukaran kerajaan amat besar bukan sahaja di peringkat persekutuan tetapi juga negeri,” katanya.
Selain infrastruktur jalanraya, kerajaan persekutuan juga memberi fokus kepada capaian internet dengan sasaran 100% capaian internet akan dapat dicapai seluruh Sarawak menjelang penghujung tahun hadapan, kata beliau.
“Tumpuan kerajaan kini ke arah ekonomi digital kerana dunia sudah berubah, semuanya di hujung jari. FMT
Fasa 2 Lebuhraya Pan Borneo Sarawak diteruskan – Ismail
Baca Artikel Menarik :
- Sharifah Shahira kena kecam kerana Mail JDT
- Emma Maembong masih berkawan dengan bekas kekasih
- Permohonan Najib masukkan bukti baharu didengar 7 Disember
- Jangkitan semula akibat Omicron 3 kali ganda – Penyelidik
- Fatia artis global TikTok pertama dari Malaysia
- Siang bawa mayat, malam angkut sampah
- Penternak ayam ‘selesa’, peniaga yang tersepit
- Muafakat Nasional, 191 bahagian UMNO akan putuskan
- Pemandu lori tikam bapa selepas terdengar bisikan
- Datuk Paiman akhirnya ke penjara 13 tahun
- Orang ramai sah perlu divaksin setiap tahun-CEO Pfizer
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.