Budak perempuan 16 bulan maut tertinggal dalam kereta

Budak perempuan 16 bulan maut tertinggal dalam kereta

KUALA NERUS: Seorang budak perempuan berusia 16 bulan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam kereta di sebuah universiti awam (UA), di sini.

Siasatan awal polis yang menerima laporan kejadian itu jam 4.30 petang semalam, mendapati bapa mangsa dikatakan terlupa menghantar anaknya ke pusat asuhan yang terletak dalam kampus UA terbabit sebelum ke tempat kerja di universiti sama.



Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din, berkata polis juga dimaklumkan oleh kakitangan pusat kesihatan di UA berkenaan bahawa kanak-kanak terbabit disahkan sudah meninggal dunia.

“Sebaik menerima laporan, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati kanak-kanak itu sudah meninggal dunia. Mayat dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.

“Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan,” katanya yang ditemui media selepas Latih Amal Bencana Udara (EX-PENYU) 2024 di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, polis akan mengambil keterangan daripada penjaga kanak-kanak terbabit bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.



Beliau turut meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan menjejaskan emosi keluarga mangsa. BH

Budak perempuan 16 bulan maut tertinggal dalam kereta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa



Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha

Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker