Bayi dijumpai dalam semak, remaja ditahan polis

Bayi dijumpai dalam semak, remaja ditahan polis

SONG: Polis hari ini telah menahan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun, berhubung penemuan bayi lelaki di belakang sebuah rumah sewa di Jalan Mission di sini pada 9 pagi semalam.

Remaja yang merupakan pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di sini, ditahan pada kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Song, Rowney Michael Jalak berkata remaja itu merupakan adik kepada lelaki berusia 34 tahun yang membuat laporan polis mengenai penemuan bayi itu.

“Hasil siasatan pihak kami, remaja perempuan itu yang merupakan adik kepada pengadu akhirnya mengaku dia adalah ibu yang melahirkan bayi lelaki tersebut.
L

“Remaja itu tidak mengaku pada awalnya kerana takut kepada keluarganya,” katanya kepada Bernama petang hari ini.

Rowney memberitahu, remaja itu tidak direman tetapi sebaliknya diletak di bawah jaminan polis kerana masih berada dalam keadaan lemah selepas melahirkan bayi lelaki seberat 2.5kg dan kini sedang menjalani rawatan di Hospital Kapit.

Polis kini sedang menjejaki pasangan remaja perempuan itu yang berusia antara 15 hingga 16 tahun, yang merupakan kenalan sekolah suspek di sebuah sekolah menengah di sini.

Remaja lelaki itu tinggal di sebuah rumah panjang di Ulu Sungai Manap, Song yang hanya boleh dihubungi melalui sungai dan berjalan kaki.

Pagi semalam, remaja perempuan itu telah memaklumkan abangnya bahawa dia terdengar suara bayi dari semak di belakang rumah mereka.

Setelah menemui bayi lelaki yang cukup sifat tanpa pakaian dan masih berdarah di tali pusat, abang remaja itu kemudiannya membuat laporan polis.

Bayi lelaki itu telah dirujuk ke Klinik Kesihatan Song bagi menjalani rawatan. FMT

Bayi dijumpai dalam semak, remaja ditahan polis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700

Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker