2 maut tercampak dari kereta

Sebaran :

2 maut tercampak dari kereta

Dua maut, manakala empat lagi parah selepas kesemua mereka tercampak keluar daripada kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam nahas ketika hujan renyai, ketika bercuti di Langkawi, hari ini.

Dalam kejadian pada jam 4.05 petang, di Kampung Kilim, Ayer Hangat itu, anggota tentera yang juga pemandu kereta, Mohd Firdaus Nor Shaidi, 23, meninggal dunia di Hospital Sultanah Maliha (HSM), manakala seorang lagi mangsa, Maizatul Hana Mohd Rosdan, 21, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Langkawi Shariman Ashari, berkata siasatan awal mendapati semua mangsa berusia antara 21 hingga 27 tahun itu adalah pelancong sedang bercuti di pulau itu.



Beliau berkata, mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan tiga perempuan menaiki MPV Toyota Avanza dalam perjalanan dari Kuah menghala ke Ayer Hangat.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu dipercayai hilang kawasan sebelum terbabas dan merempuh pokok di bahu jalan Kampung Kilim.

“Kenderaan terbabit dipercayai dipandu laju di jalan lurus ketika hujan renyai,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Shariman berkata, akibat impak pelanggaran kuat, MPV itu remuk teruk dan semua mangsa tercampak keluar dari kenderaan.



Menurutnya, seorang penumpang wanita meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu meninggal dunia di Unit Kecemasan HSM.

“Seramai empat mangsa terselamat, namun parah dan dihantar ke HSM bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Semua waris mangsa dimaklumkan mengenai kejadian dan proses bedah siasat ke atas mangsa meninggal dunia akan dilakukan pagi esok.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. FMT



2 maut tercampak dari kereta


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700

Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir


Sebaran :

Leave a Reply