Pelajar dakwa jadi botak selepas ambil vaksin Sinovac

Pelajar dakwa jadi botak selepas ambil vaksin Sinovac

BANGKOK – Seorang pelajar lelaki di Phuket mendakwa bahawa rambutnya gugur, seterusnya menjadi botak selepas dia menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19 Sinovac, lapor laman berita The Thaiger kelmarin.

Malah, dia juga mendakwa bahawa doktor telah mengesahkan keadaan itu.

Lelaki yang tidak didedahkan namanya itu berkata, dia melakukan perjalanan dari Tambon Phru Nai di wilayah Koh Yao untuk mendapatkan suntikan vaksin tersebut.

Pada mulanya, dia tidak mengalami sebarang gejala selepas suntikan vaksinnya, namun tiga hari selepas menerima dos kedua, lelaki itu berkata bahawa rambutnya mula gugur dalam jumlah yang agak banyak.

“Kira-kira tiga hari selepas dos kedua, rambut di kepala saya mula gugur dalam gumpalan.

“Sebaik sahaja saya bangun daripada tidur, bantal saya dipenuhi dengan rambut,” katanya yang mengakui terkejut dengan keadaan itu.

Dia kemudian pergi ke sebuah klinik swasta bagi mendapatkan rawatan dan dimaklumkan oleh doktor bahawa vaksin Covid-19 yang diambilnya telah bertindak balas dengan sel darah putih, menyebabkan rambutnya gugur. K Online

Pelajar dakwa jadi botak selepas ambil vaksin Sinovac


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700

Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker