Muhyiddin dan Bersatu akan terima padah di Melaka

Sebaran :

Muhyiddin dan Bersatu akan terima padah di Melaka

Bersatu yang dipimpin Muhyiddin Yassin akan menerima padah pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka selepas menggelar veteran Umno, Shahrir Samad sebagai bodoh, kata Najib Razak.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, kata-kata kesat Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) jelas menunjukkan sikap sebenar beliau.

“Saya kira Muhyiddin, mutakhir ini dah menetas (meletup)…bila jawab Shahrir (bodoh), (Muhyiddin) tonjolkan sikap sombong sebenar beliau dan itu akan beri kesan kepada Bersatu,” katanya dalam program bual bicara sempena PRN Melaka.



Baru-baru ini, Muhyiddin membidas Shahrir yang juga Ketua Umno Johor Bahru dengan menggelarnya “bodoh” dan berniat jahat kerana mencabar Bersatu menarik sokongan terhadap Menteri Besar Johor, sekali gus membuka jalan kepada krisis politik seperti di Melaka.

“Itu berniat jahat. Saya kenal Shahrir ni, dia nak macam mana yang berlaku di Melaka, berlaku (pula) di Johor.

“Inilah pemimpin Umno…jangan cabar saya. Saya Presiden Bersatu, Perikatan Nasional. Macam Shahrir bodoh, suruh Bersatu tarik (sokongan) dan Menteri Besar Umno akan jatuh. Bijak ke bodoh?” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya kewajaran poster Muhyiddin memenuhi kempen PRN di Melaka, dan bukan calon PN yang bertanding, Najib berkata ia menunjukkan calon PN tidak popular di negeri itu.



“Bila cakap pasal PN, saya nak sentuh pasal Bersatu. Bersatu tiada kekuatan, dan kenapa PN tonjolkan Muhyiddin sebab calon mereka tidak dikenali dan tiada askar atau jentera yang kuat,” kata Ahli Parlimen Pekan itu.

Menyentuh mengenai keputusan PAS yang memihak kepada Bersatu dalam PRN kali ini, Najib berkata parti Islam itu akan melalui jalan sukar untuk bertapak di Melaka.

“PAS belum dapat bertapak di Melaka. Sebenarnya kita harapkan PAS bersama kita tetapi mana tahu akan datang (pilihan raya umum ke-15).

“(Saya jangka) dalam PRN ini PAS akan hadapi laluan sukar, dan jika dia bersama Umno, PAS akan dapat beberapa kerusi,” katanya.



Dalam pada itu, Najib memberi jaminan akan terus memperjuangkan baki kemudahan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Citra sebanyak RM5,000 seperti dituntut rakyat.

“i-Citra kita cadang RM10,000 tetapi kerajaan dah luluskan RM5,000, kita akui kita dah separuh berjaya. Saya akan terus suarakan (pengeluaran baki RM5,000) kerana kita lihat ini keperluan yang sangat diperlukan oleh rakyat ketika ini,” katanya.

Mengulas mengenai ekonomi negara, Najib berkata hutang negara semakin mencanak berpunca apabila Pakatan Harapan membatalkan sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) ketika pentadbirannya.

Malah, Najib menyelar tindakan kerajaan selepas BN yang gagal mengembangkan hasil negara dengan hanya menumpukan kepada kebajikan rakyat semata-mata.

“Masa saya jadi Perdana Menteri, saya bahagikan ekonomi kepada dua, ekonomi negara dan ekonomi rakyat. Kerajaan PH dan PN tiada model ini. Sebab kalau kita tumpu pada kebajikan rakyat, kita akan jadi kerajaan populis.

“Kerajaan populis tidak boleh bertahan lama, bantuan itu tidak mampan, sebab hasil negara menguncup dan tidak dikembangkan lebih-lebih lagi kesilapan zaman PH apabila batalkan GST,” katanya.

“Itu punca hutang kita mencanak naik, kalau BN masih berkuasa dengan adanya GST, kita pasti bantuan yang diterima rakyat jauh lebih tinggi daripada apa yang dapat dibuat ketika ini,” kata Najib. FMT

Muhyiddin dan Bersatu akan terima padah di Melaka


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini

Lawak ‘Terlampau’ – Puteh mohon maaf kepada Najib


Sebaran :

Leave a Reply