Ginie Lim sekolahkan Azmin

Ginie Lim sekolahkan Azmin

Saya tak pernah sokong kamu, kata Ginie Lim kepada Azmin

Ketua PKR Alor Gajah Ginie Lim membidas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Azmin Ali kerana mendakwa beliau digugurkan sebagai calon dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka kerana menyokongnya.



Dalam satu hantaran di Facebook Lim berkata, kesetiaan seorang aktivis reformis adalah pada prinsip perjuangan parti, bukan kepada individu.

Menurutnya, walaupun Azmin pernah menjadi Timbalan Presiden PKR, namun ia amat menyedihkan bagi seseorang yang kononnya memperjuangkan politik pelbagai kaum dan antirasuah lebih 20 tahun, akhirnya terpaksa tunduk kepada “acuan parti perkauman dan perasuah”.

Beliau berkata, Perikatan Nasional (PN) telah kehabisan modal politik dan cuba mengalihkan fokus daripada isu rakyat.

“Adalah lebih baik Azmin menyedari bahawa partinya, Bersatu, tidak lagi relevan untuk masa depan tanah air kita.



“Sepatutnya beliau kembali ke hala tuju yang betul daripada membiarkan dirinya terus menjadi alat perasuah.”

Media melaporkan, ketika lawatannya ke Machap Jaya, Azmin menyuarakan rasa sedih dengan keputusan PKR untuk menggugurkan Lim dan berharap beliau meneruskan perjuangan.

“Saya sangat sedih kerana dia digugurkan daripada bertanding dalam pilihan raya negeri ini. Saya difahamkan Ginie Lim adalah mangsa (isu) dalaman PKR kerana dilihat berpihak kepada saya,” katanya.

Azmin adalah Timbalan Presiden PKR sebelum menyertai Bersatu.



Selain itu, Lim berkata, beliau dengan tegasnya menolak Langkah Sheraton kerana “bersekongkol dengan kuasa kleptokrat dan perasuah yang telah pun ditolak oleh rakyat dalam pilihan raya umum”.

“Walaupun saya tidak bertanding dalam PRN Melaka kali ini, saya tetap komited dengan agenda perjuangan Pakatan Harapan (PH) serta menyumbang tenaga dan idea dalam politik tanah air di bawah pimpinan Ketua PKR Anwar Ibrahim,” katanya.

Lim meminta semua pengundi Melaka mengambil pendirian tegas demi kemajuan dan keharmonian negeri itu. FMT

Ginie Lim sekolahkan Azmin




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gangguan seksual berleluasa dalam industri hiburan

Mawar Rashid dilabel materialistik



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker