PM ucap takziah buat keluarga Kapten Mohamad Affendi

Sebaran :

PETALING JAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustam yang terkorban dalam insiden pesawat Hawk 108 malam tadi.

Ucapan dizahirkan Ismail Sabri menerusi ciapan di laman rasmi Twitter miliknya tadi turut mendoakan agar roh Kapten Mohamad Affendi dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama golongan beriman.

“Saya mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama golongan yang beriman,” ciapnya tadi.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang terbunuh manakala seorang lagi cedera selepas pesawat jenis Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Pangkalan Udara Butterworth kira-kira pukul 10 malam semalam.



Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi ciapannya di Twitter memaklumkan, beliau dimaklumkan mengenai insiden berkenaan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad.

“Baru terima panggilan daripada Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad memaklumkan insiden pesawat Hawk 108 yg terhempas di Butterworth tadi.

“Seorang anggota kehilangan nyawa, seorang lagi cedera,” katanya.

Hishamuddin yang turut melahirkan rasa dukacita atas insiden berkenaan telah mengarahkan satu siasatan terperinci dijalankan TUDM berhubung insiden berkenaan.



PM ucap takziah buat keluarga Kapten Mohamad Affendi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kronologi Nahas Pesawat TUDM Sejak 1991


Sebaran :

Leave a Reply