#PRNMELAKA2021 : Gambar Sampul Wang tular

Sebaran :

Oleh Megat Terawih

Petang ini tiba-tiba sahaja tular beberapa keping gambar yang menunjuk sampul surat berisi benerapa keping note wang tunai RM50 beserta dengan kertas Perikatan Nasional.

Antara yang awal kongsikan berita ini adalah akaun twitter Troopers ADC.

Netizen mula memberi ulasan berkenaan isu ini. Ada yang mengatakan bahawa PN semakin tèrdesak kerana cuba membeli undi dengan memberikan wang kepada pengundi.



Ada juga yang beranggapan bahawa oleh kerana PN khususnya PPBM amar bimbang jika gagal memenangi sebarang kerusi di PRN Melaka ini kerana sekiranya ia berlaku berkemungkinam besar PN bakal berkubur selepas PRU 15.

Ramai terkejut dan kecewa dengan apa yang berlaku dan mereka mahukan pihak berkuasa khususnya SPRM untuk bertindak segera agar demokrasi tidak dicemari dengan rasuah.

Ada juga yang berpandangan sekiranya benar PN seolah-olah tidak percaya dengan kekuatan sendiri sehingga sanggup membeli undi.

Ada juga yang berpandangan sekiranya benar adakah Pas sebagai sebuah parti yang katanya berpaksikan Islam sanggup tutup mata dengan perkara sebegini.




Sebaran :

Leave a Reply