Influencer terlibat sindiket penipuan online perdaya pengikut

Sebaran :

Influencer terlibat sindiket penipuan online perdaya pengikut

ANKARA, TURKI – Polis Turki memberkas dua jelitawan pesohor media sosial kerana didapati terlibat dalam sindiket penipuan online yang telah memperdaya beratus-ratus pengikut mereka, lapor akhbar Daily Star.

Pasukan polis membuat serbuan serentak di beberapa bandar di Turki iaitu Izmir, Istanbul, Ankara, Kastamonu, Karabuk, Malatya dan Mersin serta menahan 20 individu pada 9 November lepas.

Antara yang ditahan ialah dua jelitawan tersebut, Simge Barankoglu yang mempunyai hampir sejuta pengikut dan Yesim Aydin, yang memiliki kira-kira 161,000 pengikut Instagram.



Menurut laman berita Haberler, sindiket tersebut menipu pengguna media sosial dengan memberitahu bahawa mereka telah memenangi hadiah berupa wang tunai dalam satu permainan.

Bagaimanapun, mereka hanya boleh menuntut hadiah selepas membayar sejumlah wang.

Ketika serbuan dilakukan, polis merampas beberapa buah komputer, telefon bimbit, kad memori dan beberapa peralatan lain yang dipercayai digunakan dalam kegiatan tersebut.

Kesemua 20 suspek dituduh menipu 250 individu di seluruh Turki dengan nilai kerugian sebanyak tiga juta lira (RM1.2 juta) dalam tempoh enam bulan.



Kedua-dua pesohor media sosial tersebut bagaimanapun mendakwa mereka tidak tahu-menahu mengenai kegiatan penipuan tersebut.

“Saya mencari rezeki dengan cara membuat iklan di media sosial. Saya fikir ia adalah sama seperti iklan yang sering saya lakukan dan tidak mengenali sindiket terbabit,” kata Barankoglu.

Sementara itu, Aydin mendakwa bahawa dia dihubungi sindiket tersebut yang menyatakan hasrat mereka untuk ‘bekerjasama’ dengannya.

“Saya menerima tawaran itu kerana ia merupakan kerja saya. Sudah pasti saya tidak akan menerima tawaran itu jika saya tahu ia merupakan satu sindiket penipuan,” jelasnya. K Online



Influencer terlibat sindiket penipuan online perdaya pengikut


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini

Lawak ‘Terlampau’ – Puteh mohon maaf kepada Najib


Sebaran :

Leave a Reply