Punca ibu tunggal pilih Caprice

Punca ibu tunggal pilih Caprice

Isteri kepada penyanyi rap sensasi, Caprice, Farra Inalis, tampil mendedahkan sebab mengapa memilih penyanyi itu sebagai teman hidupnya.

Menerusi program popular, MeleTOP, Farra berkongsi sifat keperibadian suaminya itu buat pengetahuan umum untuk penonton rancangan berkenaan.



Menurutnya, penyanyi lagu Xde Hal Bro itu seorang yang sangat penyayang sekali gus ia menjadi punca utama mengapa dia yakin untuk memilih pempengaruh sensasi itu sebagai pasangan hidupnya.

“Alasan yang kuat adalah kerana Caprice ini seorang yang sangat penyayang dengan budak. Jadi, dia berjaya memenangi hati saya dari oleh sebab itulah.

“Caprice dengan anak saya juga sangat rapat. Dia juga selalu membawa anak saya membeli barang permainan.

“Selain itu, bila kita keluar makan bersama, dia melayan anak saya tidak nampak palsu. Jadi, maknanya dialah orangnya,” kongsi Farra ketika ditemu bual pengacara.



Dalam pada itu, Caprice juga berkongsi banyak cabaran dan ujian yang terpaksa dihadapi untuk menghalalkan hubungan mereka.

Tambahan pula, Farra memberitahu keluarga suami tercintanya turut memainkan peranan dalam memberikan semangat untuk menenangkan penyanyi itu berhubung kontroversi yang pernah dilaluinya.

Sekadar informasi, Caprice mengesahkan telah selamat bernikah dengan seorang ibu tunggal itu, pada tanggal 15 November lepas. Utusan

Punca ibu tunggal pilih Caprice




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gangguan seksual berleluasa dalam industri hiburan

Mawar Rashid dilabel materialistik



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker