Covid-19: 6288 kes baharu, naik semula

Covid-19: 6288 kes baharu, naik semula

Kes baru di negara ini sekali lagi melepasi 6,000 kes dengan 6,288 kes baru dicatatkan hari ini berbanding 5,413 kes semalam. Ini menjadikan kes kumulatif kini berjumlah 2,563,153.

Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara pula meningkat sebanyak 6.85 peratus dalam tujuh hari lalu berbanding seminggu sebelum ini.

Negeri yang menunjukkan peningkatan yang signifikan termasuk Kuala Lumpur (+90.0 peratus), Melaka (+75.4 peratus), Negeri Sembilan (+39.3 peratus), Kedah (+20.5 peratus), Perak (+17.4 peratus), Johor (+10.7 peratus) dan Selangor (+10.5 peratus).

Sejak 9 Oktober lalu, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (16 November) yang mencatatkan 5,413 kes baru adalah seperti berikut:

Selangor (1,217)
Kelantan (743)
Sabah (487)
Johor (479)
Kedah (439)
Pahang (329)
Kuala Lumpur (312)
Sarawak (266)
Terengganu (261)
Perak (250)
Pulau Pinang (236)
Negeri Sembilan (198)
Melaka (116)
Putrajaya (51)
Perlis (25)
Labuan (4)

Covid-19: 6288 kes baharu, naik semula


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gangguan seksual berleluasa dalam industri hiburan

Mawar Rashid dilabel materialistik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker