#PRNMELAKA2021 : IDRIS DAN MAS ERMIEYATIE PADA MATA SEORANG GURU

Sebaran :

Oleh ustaz Jeff

Tinggal dua hari lagi tempoh kempen untuk Pilihanraya Umum Negeri Melaka ke 15. Suasana semakin hangat dengan semakin ramai pemimpin-pemimpin utama setiap parti yang bertanding untuk membantu kempen calon masing-masing

Dalam kehangatan itu, kami sempat meninjau pendapat pengundi terhadap beberapa orang nama-nama besar dan merupakan calon dalam PRN ini bagi Kawasan yang ditandingi.

Cikgu Haji Wahit Kidam bukanlah nama asing dalam kawasan Masjid Tanah, ketika ditanya mengenai tiga nama ini, inilah ulasan beliau.



“Tentang Mas Ermieyati ni dia bukan outstanding, maksudnya tidak adalah yang luar biasa, sebagai pemimpin yang naik daripada bawah, kalau sayalah yang berpeluang jadi wakil rakyat, berpeluang jadi pemimpin UMNO ataupun mana-mana parti, sayapun boleh tunjukkan perkara yang sama juga. Malah mungkin saya lebih baik daripada dia. Itu pandangan saya.

“Tapi dari segi keistimewaan yang outstanding tu memang taka da, tak ada apa yang dibanggakan apa yang dia boleh buat, itupun masa yang dia jadi Ahli Parlimen Masjid Tanah, saya dengarlah tentang projek-projek jalan yang nak dibuat, beberapa penggal jadi ahli parlimen sampai hari ini pun tak ada mana dia rancangannya zaman PH taka da, zaman PN pun taka da, jadi taka da keistimewaan atau yang luar biasa yang menampakkan dia seorang pemimpin yang berkebolehan.

“Biasanya siapapun yang kita angkat jadi pemimpin, dia akan boleh buat tapi dengan sokongan, kalau tak ada sokongan saya yakin dia tak akan berjaya berbanding dengan Datuk Rauf, dia walau tidak ada sokongan dia boleh buat, tengoklah apa yang dia buat pada keluarga dia, saya tak nampak ada orang lain boleh buat macam yang dia buat.

“Kemewahan, kemudahan, keikhlasan yang ada pada Datuk Seri Rauf ni tak ada pada orang lain, saya sendiripun tak ada keikhlasan macam dia. Apa yang saya tahu kalua ada orang yang dating jumpa dia, mengadu apa hal pun dia tak pernah tolak, walaupun dia bukan wakil rakyat, dia akan tanya apa masalah dan dia akan beri bantuan. Benda ni dia dah buat lama bukan sejak nak jadi wakil rakyat.



“Rauf ni bukan orang yang senang dari awal, dia daripada orang biasa, bekerja keras, dapat kedudukan, dapat rezeki macam tu dan dia tidak tamak dengan rezeki tu dia tak bolot sorang, dia pergi pada keluarganya, pada sahabat-sahabatnya dan pada sesiapa sahaja yang memerlukan.

“Segala isu-isu yang Datuk Seri Idris Harun cakap adalah mengarut dan merepek sajalah. Tak betul tu. Yang betulnya Datuk Seri Idris itulah yang tamak bila dia tak dapat apa-apa projek apabila dia tak jadi ketua menteri lagi.

“Rasa iri hati dia kepada kepimpinan Datuk Seri Rauf yanag lebih baik menjadikan dia kecewa.” Katanya kepada wartawan kami.

Cikgu Wahit juga berpesan kepada pengundi-pengundi di Melaka agar tidak silap percaturan dan seharusnya ingat semula apa yang berlaku sepanjang tempoh pemerintahan PH dan PN iaitu parti yang diwakili oleh Idris dan Mas Ermieyati.



Link Youtube:


Sebaran :

Leave a Reply