Keputusan penuh PRN Melaka 10 malam



MELAKA: Keputusan penuh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini dijangka paling awal diketahui pada pukul 10 malam.

Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, ia membabitkan keputusan penuh di 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan dalam pilihan raya itu.

Katanya, keputusan penuh paling lewat dijangka pukul 12 tengah malam hari sama.

“Mungkin untuk keputusan bagi satu kerusi DUN adalah seawal pukul 8 malam. Tetapi ini bergantung kepada keadaan.

“Oleh demikian untuk PRN DUN Melaka ke-15 ini, dijangkakan pengumuman keputusan penuh pilihan raya paling awal pada pukul 10 malam dan paling lewat pada 12 tengah malam,” katanya kepada Utusan Malaysia.




Dijangka 495,196 pengundi yang layak akan keluar mengundi dalam PRN Melaka pada Sabtu ini bagi memilih hanya 28 wakil rakyat daripada 112 calon yang bertanding.

Sebelum ini, SPR menetapkan tarikh 8 November sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 16 November.

DUN Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu selepas dipersetujui Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.

Ia susulan empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan daripada kerajaan Negeri Melaka di bawah pentadbiran Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali. – UTUSAN ONLINE

Keputusan penuh PRN Melaka 10 malam





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin hanya ulang cerita basi – Tok Mat



Leave a Reply

Your email address will not be published.